Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Sekeping Hati 💔

Lama benar rasanya aku tidak menulis disini... Pada semua blogger makasih dgn msg2 yang anda hantar dan kata2 semangat, semoga Allah membalasnya.                             Sekeping Hati... Mimpi itu datang lagi, bayangan silam terus menggangu, aku terbelengu dengan masa lalu... Allahu, kehidupan lampau yang sangat ngeri. Ketika itu aku baru saja 15tahun, sedang melewati masa remajaku dengan serba kekurangan.. dugaan dan rintangan menjalani hidup sebagai anak terbuang. Menyedihkan..... masihkah aku punya hati? Setelah semua kejadi mengherat aku ke lembah hitam, menjadikan aku manusia yang meraka anggap jijik dan tidak berguna! Aku merangkak dalam gelap mencari sinar tapi tiada siapa yang mahu menolong apalagi bersimpati, sungguh kejam! Jerit pekek ku tak siapa pun yang endahkan, aku hanyut dalam dunia ciptaan ku sendiri.. meraka seenaknya membuat aku seperti haiwan ternakan.. subhanallah...
Now I just feel the hardships ... after great difficulty, I do ... but the reality is not as beautiful as a dream ... I'm trying to accept the fact .. it is difficult to accept a reality ... the sick ... I realized it was a sort of test God gave to me ... but I'm also a human being .. sometimes laugh and sometimes cry ... happy .. .. sad .. but it's not common ... + _ + I will try to take it ... really .. if negative .. I think I will not be who I am right now .... enough is just me and God knows ... maybe there was a misunderstanding and know why I'm writing this entry ... so I do not intend to hurt him mention more worried about that .. but I was not able to hold my tears ... when i feel i want to cry .. then i will go somewhere than i will crash all out with myself ...     but nature jadiku prefer harbored ... let me weep with rain soaked earth .. so no one knows the pain and the pain of the wound in the heart ...  * I'm just being able to remember ...
1 Mei 2016 Pada tarikh ini setahun yang lalu untuk pertama kalinya Allah mempertemuakan kita, tak terasa waktu berlalu dengan pantas... Dan pada tarikh ini juga aku merasa hidupku semakin indah kerana kamu menjadi bahagian belahan jiwaku, kamu telah menyinari hatiku dengan pelangi cintamu.... Makasih sayang Satu tahun, bukan waktu singkat untuk saling membuka diri. Tapi sampai saat ini, masih begitu nyaman berada dalam hangat pelukmu. Dan biarkan aku terus merasakan itu, hingga hubungan ini menjadi halal untuk kita... Ku senandungkan cinta lewat doa Disetiap sujud ku meminta Agar Allah swt menyatukan cinta kita Hingga ajal memishakan kita.. Makasih sayangku kerana sudah mengisi hariku dan melukiskan warna indah dihati ini. Semoga warna cinta yang ada akan semakin indah sejalan dengan putaran waktu..    " Aku suka matahari kerana sinarnya mampu menyinari bumi, Aku suka rembulan kerana sinarnya mampu menerangi kegelapan malam, Namun aku lebih suka KAMU kerana m...

Naskah Hati Yang Luka

Kehidupan ialah sebuah perjalanan yang tak direncana. Di situ lah kita akan bertemu jalan kebahagiaan dan jalan kesedihan. Perjalanan yang indah itu sudah pasti berliku-liku. Namun, setiap buku kehidupan pasti ada penghujungnya.... Tiada lagi cahaya yang menyinari relung hatiku saat ini, segalanyanya redup, sirna dan seakan terpadam, kelam... Kuntum-kuntum senyum yang menemani juga seakan menghilang... Titisan air mata ini, mejadi percikan yang semakin memecah kelopak jiwa Semuanya menjadi satu dan membanjiri kolam sanubari  yang membelah belukar kesedihanku. Detik ini, Aku masih terluka, masih derita, oleh dia yang menghadiahkan aku sebuah luka Membuatkan aku terdiam hilang bicara, Membuatkan aku kaku terkesima, hilang kata-kata.. Kedukaan dan kehampaan menerobos ke dalam jiwa, b ertamu, dan bermukim duka lara Di sudut hati yang tak bernombor, Menggenggam urat-urat nadi yang terluka sekian lama, lu ka itu, meratah daging kehidupan m enemani ku ialah lara, dal...

My Heart Is Sick

                                  Seringkali..... Malam ini aku penat, Terlalu penat, Tersangat penat, Penat dengan perangai manusia, Manusia itu terlalu sukar untuk difahami. Menyakiti... Tersakiti.. Terluka... Banyak yang aku pendam, Banyak yang aku telan, Banyak juge yang aku diamkan. Kau menghukum seolah kau tidak pernah menyakiti sesiapa, Kau melakukan bagai tiada hati yang pernah menangis, Kau berkata umpama kau sahaja yang bijak. Aku benar-benar terluka dan disakiti, Aku diam bukan bermakna salah, Aku cuma fikir tempias yang orang sekeliling bakal hadapi. Aku tiada daya lagi untuk marah, Bukan lagi menjadi kegemaran, Baran yang ingin meletup seakan hilang sudah.. yang tinggal hanya parut yang menyakitkan. Kau melebalkan orang yang ingkar dengan kemahuan kau semahunya, Bagai dia tiada perasaan, Berharap kau segera pergi dari hidup aku, Berharap kau tak terus ter...
Separuh jiwaku pernah pergi, Nafas ada kala bagai terhenti, Semuanya bagai tidak diduga. Yang aku sayang, Masih sangat jauh disana, Yang pernah aku benci, Datang saban hari. Sudah puas aku menangis, Tersungkur tertunduk meraung, Tiada siapa dapat merasakan, Betapa sakitnya. Dengan cebisan harapan yang tinggal, Aku harap akan terus bertahan. Hidup ini penuh dengan perancangan, Semuanya telah disusun rapi. -Aku Dan Hatiku-

Hanya Pinjaman

Sedang aku mencari teman, Kau hadirkan seseorang buatku, Aku fikir hanya sementara, Ternyata memang sementara. Semuanya kembali sepi, Masih di sini bersendirian dan kebinggungan, Tabahlah duhai hati dan perasaan. Disekeliling ku lihat hambar, Sungguh sakit, Termangu lagi aku di jendela waktu, Menghitung detik saat di uji, Terasa diri kian lemah, Terasa diri begitu kerdil, Terasa hidup ini tidak bererti, Haruskah aku lalui semua ini? Aku..kadang-kadang pasrah, Kadang-kadang aku menyerah, Kadang-kadang aku kalah, Kadang-kadang aku lelah, Letih dan lesu menghadapi semua dugaan, Haruskah aku begini? Getirnya kehidupan ini, Begitu banyak cubaan dan dugaannya, Aku letih melalui segalanya, Mungkin aku harus menjauh dan berlalu pergi, Aku letih melalui segalanya, Namun..aku tahu , Selagi hidupku belum berakhir, Cubaan dan dugaan itu pasti ada, Cuma aku tak tahu bila dan bagaimana, Aku..insan kerdil yang lemah, Aku jua punya harapan, Tapi kini harapan dan impia...

Catatan Hati

Catatan Dari Ilahi... Andai diriku mampu menulis takdirku akan ku tuliskan namamu dan namaku hingga di sela-sela akhir nafasku Tapi aku tak mampu mewujudkan semua itu kerana aku hanya insan yang sama seperti dirimu. Angan harap dan mimpiku hanyalah gambaran semata. Memilikimu tak semudah aku berlayar mengarungi samudera biru Telah lama ku bangun harapanku.. Bersama waktu yang terus membawa kabar berita rindu, dalam sepi ku eja kata untukmu Maafkan aku.. Jika rasa ini membebani hatimu, maafkan aku yang telah menantikan kehadiranmu, maafkan aku yang terlalu mendesakmu, maafkan aku meminta terlalu banyak perhatian darimu, maafkan aku disetiap ketelanjuran kata dan sikapku, maafkan aku yang tak pernah mengerti dirimu Maaf sayang.. Andai saja aku tahu ada banyak hati-hati yang perlu kau jaga dan perhatikan, aku tidak akan pernah memintamu memperhatikan aku setiap waktu, sehingga kau harus memohon pengertianku sebegitu.. maaf... Namun dalam doa tetap ku bermunajat kepad...
Malam nie suram Tiada awan berkepul kepul Tiada bintang berkelipan riang Tiada tiada tiada Hanya yang ada berkelipan hanya kapal terbang Kapal terbang yang tidak pasti arah tujuannya ke mana Suasana gelap Suasana sunyi sepi Buat aku berada seperti hanya dalam dunia aku Aku rasa tenang Walaupun kusut di kepala Walaupun banyak kesedihan yang dialami Walaupun rindu sedang menggunung Walaupun suram pada malam ini Aku bahagia Bahagia Kerana tiada yang mengacau aku Tiada yang menjatuhka aku Tiada yang hina aku Tiada tiada tiada Aku rasa seperti indahnya hidup bertuhan selagi mana kau berada Walaupun malam yang suram -Aku Dan Hatiku- 10.00 pm 29.2.2016 Isnin

Sabarlah Hati...

"Sampai satu tahap itu kau akan penat lantas terus kau rasa benar-benar tenat. Dan waktu itu kau belajar didik diri untuk lebih kuat" Alhamdulillah selesai urusan hari ni.. kesakitan demi kesakitan yang terpaksa ditanggung. Demi kelangsungan hidup walau lelah tetap kena tempuh.. berharap aku terus kuat.. "Jantung, berdetaklah semampumu selagi Allah izinkan, sampai waktu nanti kau pasti akan berehat dengan aman" Moga Allah redho.. -Aku Dan Hatiku-
"Perit rasa bila orang yang kau sangka akan tolong bantu kau tapi dia guriskan hati kau dengan sekelip mata. Perit dia macam kena tikam bertubi tubi... Tabah wahai hati " Ehh apesal kau sensitif sangat ni ?? Bukan sepatutnya kau dah kebal ke dengan semua ni ?? (Mesti korang semua akan kate cam tu kan) Huhuu mau tak touching asyik asyik aku jer... batu yang keras tu pun kalau setiap hari kena kena titis air akan lekuk juga beb.. macam tu laaa ati aku :( Allahu... ermmm Perkataan SABAR tu sangat mudah diucapan tapi berat untuk dilakukan.. nak ikhlaskan lagi laaa, apalagi pada kite yang bergelar hamba pada yang ESA. Ramai yang yang menunjukkan simpati dan hemburan kate2 manis tapi sayangnya hanya sekadar kate2 yang terucapan dari bibir bukan dari hati. Bukan simpati yang aku mahu!! Cukup mereka faham situasi aku. Jangan tambah lagi beban yang bersarang dalam kepala aku ni. Perit.. pedih.. sakit.. sedih dan macam2 lagi yang aku rasa.. apa aku boleh buat dengan semua ras...

Bicara Hati

Mimpi Indah.. Lemah tiada daya, tersungkur bagai itu penghujungnya, Jatuh lagi tersadung di bumi bertuah ini. Mimpi tiada yang nyata, Fikiran umpama mengawalnya, Akal seakan mengiyakan dan menidakkan. Keliru dengan permainan minda sendiri, Masih di alam yang kadang-kadang mengelirukan. Mahu saja ku pejamkan mata ini, Tamatkan semua cerita diri ini, Rebah biar sedar, Tenggelam biar timbul, inilah kehidupan. Tiada detik yang kita tahu sama ada bahagia atau tidak, Tiada masa yang kita tahu semua itu kekal milik kita atau tidak, Tiada minit walau saat kita ingin terluka atau dilukai. Sedar atau tidak semuanya terjadi tanpa kita duga. Hidup ini... Ternyata penuh dugaan yang sukar ditafsirkan, Serta penuh dengan hikmah yang kadang kala tidak terungkai. Hidup ini misteri!! Aku cuba melepaskan memori yang tercipta, Kenangan yang terpahat. Antara perkara yang sukar untuk dilepaskan, Antara perkara yang tak mahu dilepaskan jua... Kadang kala kita cuma watak tambahan dalam se...
"Tuhan... jagalah dirinya untuk diriku, Jangan biarkan hatinya terluka.. Kerana aku amat mencintai dia, kerna-MU ya Allah >3" Sayang.. Nanti bila saya dah tak ada, tolong jaga diri tu baik-baik tahu, jangan lupa kan saya dekat sana. saya sayangkan awak sangat sangat. Selamat malam rindu.💕                 -Kaseh Firdaus-

Sejadah Rindu

Sejadah Rindu... Terkedu aku di sejadah rindu mengungkap kalimah syahdu bait bicara tersentuh kalbu merekah keinsafan di hati yang beku mengenang dosaku yang terdahulu. Berbekal pancaindera anugerah Tuhan kupohon kembali nafas kehidupan dalam keterhadan dan keterbatasan insan moga terbuka ruang keampunan sebelum saat aku dinasakan di masa Kau tetapkan. Air mata menjadi saksi keikhlasan menjadi bukti akhirnya aku sujud mengadap Ilahi di keheningan yang sepi lafaz taubat mengiringi lafaz sebak kian mengikuti. Hati ini luluh jiwa yang kaku tersentuh ayat-ayat cinta disusun kukuh di sejadah rindu yang lusuh kemaafan yang kupohon sungguh dari Pencipta dalam gemuruh. Ungkapan doa pada Yang Esa izinkan aku menjadi manusia yang taat setia sentiasa pada perintah Maha Kuasa agar kau tidak lupa dunia ini hanya bersifat sementara Semoga ada pengakhiran yang indah dipenghujung penantian ini.. Aamiin. -Aku Dan Hatiku-  6:40am 11 Feb 2016 **Dah 3...

Liku-liku Dalam Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim Ya Allah… Aku tahu Engkau begitu sayang padaku… sehingga Engkau memberi aku ujian yang seperti ini. Rasa sakit yang menyayat setiap detik waktuku. Rasa kecewa yang menusuk tiap detak jantungku. Murung selalu ku menatap hari. Siang yang terang benderang, bagiku mendung yang akan menumpahkan tangisnya. Allah… Aku mengerti Engkau hendak mendewasakanku dengan memberi berbagai duri yang membuat kakiku berdarah-darah saat melewati jalan pengabdian ini. Sakit, ya Allah, rasanya… aku ingin ujian ini segera berhenti meski aku tahu bahwa Engkau sangat mencintaiku dengan memberikannya untukku. Allah… Aku ingin Engkau segera memberikan kepadaku telaga segar yang dapat ku bermandi dengannya. Membasuh luka. Menghentikan laju darah yang menyiksaku. Ingin segera ku menyambut sejuk pagi setelah lama malam menghabisiku dengan kelamnya. Allah… Engkau pasti tahu aku sedang terluka. Aku sedang menjauhi apa yang sebenarnya aku harapkan... :'( Alhamdulillah ...

Hati

Hati. Menyimpan segala rasa. Kerana segala rasa bermula dari hati. Sebelum akal mencerna hati dulu yang cerna. Sebelum bibir berkata hati dulu yang kata. Ada yang berkata, “sebelum berkata fikir dahulu” kita fikir guna apa? Akal bukan? Dan kita kata guna apa? Bibir bukan? Walhal ia semua dari hati. Bila hati mampu mengawal, maka akal dan lisan juga mampu dikawal. Hati tu tersimpan seribu rasa. Kadang ia dikawal nafsu, habis rasa itu keluar. Kadang ia dikawal iman, sembunyi saja rasa itu di dalam. Hati tu kecil tapi besar. Seperti memory card, kecil tapi besar. Dapat menyimpan segalanya. Dapat merestorekan apa yang pernah didelete. Seperti luka yang berdarah itu meninggalkan kesan yang kekal. :’) Walaupun darah itu sudah tidak mengalir pada luka, namun parutnya masih berbekas dan mungkin akan terus kekal. Tawa penyapu tangis. Tiada tergambar, Perasaan kian hambar. Senyum menjadi penawar, Diam sejenak tanpa kata. Mengingati sebelumnya; Perancangan tiada begitu....

Berhenti Menyakiti

Aku ini siapa untuk kau terus mencela, Dicaci dan dimaki sesuka hati. Aku terus dimalukan, Sehingga kamu berasa diri kamu itulah yang paling sempurna. Tapi apa yang aku buat, Aku hanya tersenyum, Dan terus tersenyum. Kerana aku terfikir, Mungkin kamu merasa diri kamu sudah cukup hebat, Sehingga apa yang ada di mata kamu semuanya hina dan salah belaka. Dari situ juga aku belajar erti kekuatan, Aku tidak kenal apa itu kelemahan, Kerana aku ingin terus berjuang, Dan meninggalkan kejahilan. Tetapi hanya air mata menjadi temanku saban waktu, Mulutku, aku hanya menguncinya dari terus berkata-kata, Aku pujuk hatiku '' sabarlah, kamu tidak akan rugi '' Sekali lagi, Aku hembus nafasku sambil tersenyum, Seraya berkata '' setelah kilat, adanya ribut, setelah ribut, adanya hujan dan selepas hujan adanya pelangi dan pelangi itulah yang bakal Allah hadiahkan '' Jadi dengan itu, Aku tetap terus tersenyum, Dan apa yang aku mahu katakan, ...

Ungkapan Hati

" lama sudah aku melangkah dibumi ini Dalam menggapai impian dan harapan demi sebuah keinginan yang selalu ada  Di saat rindu mencekam '' Haruskah diri ini terbuai oleh mimpi Sedangkan matapun seakan enggan tuk terpejam Entah apa aku cari hingga aku terus begini entah apa yang kuinginkan hingga siang malam aku fikirkan.. Dalam kesunyian diri kucuba tuk bertahan.. Demi tercapainya sebuah harapan tentang sebuah ketulusan yang selalu aku dambakan..  Mereka lihat kutersenyum gembira bagai tiada duka tapi hatiku keretakan bagai sinar purnama terang yang terbakar.. dibibir aku mengukir senyuman, dihatiku tersimpan kepedihan mengenang segala yang terjadi. Bukan aku tak redho bukan pule aku tak sanggup.. tapi hati ini sangat mudah tersentuh. :(   I come from nothing... So I appreciate everything...!! -Aku Dan Hatiku-

Jejak Yang Tinggal

T uhan dulu pernah aku menagih simpati, Kepada manusia yang alpa jua buta, Lalu terheretlah aku di lorong gelisah, Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah. Semalam sudah sampai ke penghujungnya, Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu. Tak ingin lagi kuulangi kembali, Gerak dosa yang menghiris hati Peristiwa silam yang nyata terlalu banyak memberi saya pengajaran. Tarbiyah dari Allah yang seharusnya menjadikan saya lebih kuat dalam membaiki agama saya. Hanya DIA Yer..hanya DIA yang layak untuk kita mengadu dan mengemis kasih. Setiap manusia punya perjalanan hidup yang unik dan pelbagai. Tika diuji, mudah benar kita mengadu kepada sang makhluk bernama manusia. Kononnya supaya kita menjadi orang yang tidak menyimpan rasa dan memendam masalah yang bisa memberi kesan yang negatif. Namun, kita tidak sedar sebaik penawar adalah pengaduan kepada DIA...luahkanlah segalanya kepadaNYA..menangislah, mengadulah dan luahkanlah..nescaya kite berasa lebih tenteram.  Saya bukanlah mengha...