Langkau ke kandungan utama

Sekeping Hati 💔

Lama benar rasanya aku tidak menulis disini...

Pada semua blogger makasih dgn msg2 yang anda hantar dan kata2 semangat, semoga Allah membalasnya.  


                         Sekeping Hati...



Mimpi itu datang lagi, bayangan silam terus menggangu, aku terbelengu dengan masa lalu... Allahu, kehidupan lampau yang sangat ngeri. Ketika itu aku baru saja 15tahun, sedang melewati masa remajaku dengan serba kekurangan.. dugaan dan rintangan menjalani hidup sebagai anak terbuang.

Menyedihkan..... masihkah aku punya hati? Setelah semua kejadi mengherat aku ke lembah hitam, menjadikan aku manusia yang meraka anggap jijik dan tidak berguna!
Aku merangkak dalam gelap mencari sinar tapi tiada siapa yang mahu menolong apalagi bersimpati, sungguh kejam!

Jerit pekek ku tak siapa pun yang endahkan, aku hanyut dalam dunia ciptaan ku sendiri.. meraka seenaknya membuat aku seperti haiwan ternakan.. subhanallah aku sakit, sangat sakit. Bertahun-tahun melaluinya, betapa susahnya menjadi aku, betapa berat ujian dariNYA.

22tahun berlalu namun ia seakan baru semalam terjadi, bernarkah aku benar-benar telah sembuh dari kesakitan lampau? Atau sebaliknya? 

Masikah aku punya hati setelah ianya hancur berkali-kali?

Ya aku masih punya hati...  walau ia telah hancur, aku cuba cantum kembali biarpun tidak sempurna namun ia masih berfungsi.
Menjadikan ia sekeping hati yang rapuh, perlu dirawat dan dijaga dengan teliti, kerana kerap kali ia hancur andai terhempas lagi bimbang ianya akan mati.

Moga ada sinar baru dalam hidupku, moga awan hitam yang menutupi hilang ditelan sinar... 

Sebanyak mana pun aku bercerita dan sebanyak mana pun kamu semua memahami tidakkan sama dengan apa yang telah aku lalui dan hadapi, apa pun yang terjadi hidup harus diteruskan walau perit tetap aku tempuh.. moga-moga Allah swt redho, DIA yang tak pernah meninggalkan aku, hanya aku yang sering lupa 😔

Aku juga seperti kamu-kamu semua, punya harapan dan impian. Ingin disayangi dan lindungi. Ingin bahagia dengan insan-insan yang kita cinta...  In Shaa Allah



***untuk awak yang sangat saya sayang, andai awak terbaca tulisan ini.. satu yang saya nak awak tahu, 

Saya terlalu sayangkan awak dalam apa jua keadaan, saya ingin menghabiskan sisa-sisa hidup bersama awak dan anak-anak kita (in Shaa Allah) saya serahkan seluruh kehidupan dan hati saya pada awak untuk awak jaga, saya juga berharap awak menyayangi saya setulus hati... biarlah ini menjadi perjalanan terakhir dalam hidup saya sebelum kita sama-sama kembali pada sang pencipta, selebihnya saya serahkan pada Allah, moga-moga DIA Redho dengan kita. 



-kasehfirdaus-


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SABAR DALAM MENGHADAPI UJIAN HIDUP

SABAR MENGHADAPI UJIAN HIDUP Bismillahirrahmanirrahim.... Ketahuilah, ujian dan cubaan di dunia merupakan sebuah keharusan, siapa pun tidak boleh terlepas darinya. Bahkan, itulah warna-warni kehidupan. Kesabaran dalam menghadapi ujian dan cubaan merupakan tanda kebenaran dan kejujuran iman seseorang kepada Allah SWT Sesungguhnya ujian dan cubaan yang datang bertubi-tubi menerpa hidup manusia merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Azza wa Jalla. Tidak satu pun diantara kita yang mampu menghalau ketentuan tersebut. Keimanan, keyakinan, tawakkal dan kesabaran yang kukuh amatlah sangat kita butuhkan dalam menghadapi badai cubaan yang menerpa. Sehingga tidak menjadikan diri kita berburuk sangka kepada Allah SWT terhadap segala Ketentuan-Nya. Oleh karena itu, dalam keadaan apapun, kita sebagai hamba yang beriman kepada Allah SWT harus sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Dan haruslah diyakini bahwa tidaklah Allah menurunkan berbagai musibah melai...

Sabarlah Wahai Hati..

saBaR  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Kata mak ” sabar tu kan separuh daripada iman”…berulangkali juga aku mengingatkan diri akan kata-kata mak tu. Sebagai manusia biasa yang tidak lepas dari kekurangan diri, hati kecilku sering tertanya. ” sampai bila ye aku perlu bersabar?”…” apakah orang lain juga perlu bersabar sepertiku?”..” cakap sabar memanglah senang, tapi menghadapinya sangat susah.” Itu semua apa yang berlaku suatu masa dahulu. Peningkatan usia dan ilmu menjadikan aku semakin redha dengan sesuatu yang berlaku. Kesabaran itu adalah nikmat bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Kesabaran itu memang perlu hingga akhir hayatku. Bersabar itu menjadikan aku hamba yang sentiasa redha dan bersyukur dengan ketentuan-Nya. Mungkin Allah tidak beri apa yang aku minta sekarang kerana Allah tahu ada yang lebih baik menantiku. Mungkin juga Allah tidak memakbulkan permintaanku kerana Allah rindu untuk mendengar rintihanku. Walau apapun aku...

Bicara Hati

Mimpi Indah.. Lemah tiada daya, tersungkur bagai itu penghujungnya, Jatuh lagi tersadung di bumi bertuah ini. Mimpi tiada yang nyata, Fikiran umpama mengawalnya, Akal seakan mengiyakan dan menidakkan. Keliru dengan permainan minda sendiri, Masih di alam yang kadang-kadang mengelirukan. Mahu saja ku pejamkan mata ini, Tamatkan semua cerita diri ini, Rebah biar sedar, Tenggelam biar timbul, inilah kehidupan. Tiada detik yang kita tahu sama ada bahagia atau tidak, Tiada masa yang kita tahu semua itu kekal milik kita atau tidak, Tiada minit walau saat kita ingin terluka atau dilukai. Sedar atau tidak semuanya terjadi tanpa kita duga. Hidup ini... Ternyata penuh dugaan yang sukar ditafsirkan, Serta penuh dengan hikmah yang kadang kala tidak terungkai. Hidup ini misteri!! Aku cuba melepaskan memori yang tercipta, Kenangan yang terpahat. Antara perkara yang sukar untuk dilepaskan, Antara perkara yang tak mahu dilepaskan jua... Kadang kala kita cuma watak tambahan dalam se...