Hati.
Menyimpan segala rasa.
Kerana segala rasa bermula dari hati.
Sebelum akal mencerna hati dulu yang cerna. Sebelum bibir berkata hati dulu yang kata.
Ada yang berkata, “sebelum berkata fikir dahulu” kita fikir guna apa? Akal bukan? Dan kita kata guna apa? Bibir bukan? Walhal ia semua dari hati. Bila hati mampu mengawal, maka akal dan lisan juga mampu dikawal.
Hati tu tersimpan seribu rasa.
Kadang ia dikawal nafsu, habis rasa itu keluar. Kadang ia dikawal iman, sembunyi saja rasa itu di dalam.
Hati tu kecil tapi besar.
Seperti memory card, kecil tapi besar.
Dapat menyimpan segalanya.
Dapat merestorekan apa yang pernah didelete.
Seperti luka yang berdarah itu meninggalkan kesan yang kekal. :’) Walaupun darah itu sudah tidak mengalir pada luka, namun parutnya masih berbekas dan mungkin akan terus kekal.
Tawa penyapu tangis. Tiada tergambar,
Perasaan kian hambar. Senyum menjadi penawar, Diam sejenak tanpa kata.
Mengingati sebelumnya;
Perancangan tiada begitu.
Malah yang dirancang tiada berlaku.
Sungguh tiada sebarang kesal,
Malah aku yakin bahagia akan menjelma.
Berbisik sendiri;
Manusia merancang dengan cita,
Namun Allah merancang dengan cinta.
Memang tidak seperti dijangka,
Kerana DIA tahu terbaik untuk kita.
Malah semua berhikmah belaka.
Bersama cintanya Kekuatan dari Ilahi,
Anugerah tiada peri, Kerenah diteladani,
Duka hampir berlalu pergi.
Sungguh dia anugerah dari illahi buat diriku, bersamanya aku temukan kekuatan dan kedamaian, bersamanya jua bahagia itu ada...
Tawa penyapu tangis.
Alhamdulillah ‘ala kullihal.
-Sayangku Firdaus-
Ulasan
Catat Ulasan