Langkau ke kandungan utama

Jejak Yang Tinggal



Tuhan dulu pernah aku menagih simpati,
Kepada manusia yang alpa jua buta,
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah,
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah.
Semalam sudah sampai ke penghujungnya,
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu.
Tak ingin lagi kuulangi kembali,
Gerak dosa yang menghiris hati

Peristiwa silam yang nyata terlalu banyak memberi saya pengajaran. Tarbiyah dari Allah yang seharusnya menjadikan saya lebih kuat dalam membaiki agama saya.

Hanya DIA
Yer..hanya DIA yang layak untuk kita mengadu dan mengemis kasih. Setiap manusia punya perjalanan hidup yang unik dan pelbagai. Tika diuji, mudah benar kita mengadu kepada sang makhluk bernama manusia. Kononnya supaya kita menjadi orang yang tidak menyimpan rasa dan memendam masalah yang bisa memberi kesan yang negatif. Namun, kita tidak sedar sebaik penawar adalah pengaduan kepada DIA...luahkanlah segalanya kepadaNYA..menangislah, mengadulah dan luahkanlah..nescaya kite berasa lebih tenteram. 


Saya bukanlah menghalang anda meluahkan masalah atau berkongsi sesuatu dengan seseorang supaya bahang panasnya masalah yang melanda dapat dikurangi, tp berhati-hatilah ketika melontar bicara pada seorang makhluk yang serba kekurangan. Kerana saya sendiri ada seseorang yang saya percaya untuk berkongsi segala suka dan duka, yang mampu buat saya rasa nyaman dan rasa selamat.. :)

Pilihlah mereka yang thiqah dan baik agamanya yang mana mampu memberi semangat untuk kita kembali kpdNya..bukan hanya melahirkan simpati dan yang lebih teruk jika membawa kita ke arah yang lebih buruk dan ke jalan-jalan maksiat. Jadi, jika kita mampu untuk kembalikan segalanya pada DIA..itu lebih baik, bukan?.

Rasa Kosong
Terasa pula kekosongan dalam penulisan kali ini. Maafkan saya duhai pengunjung blog sekiranya tidak mampu memberikan sesuatu yang terbaik. Sesungguhnya, manusia ini lemah!. Berlindung di bawah langit tetapi tidak mampu menahan dosa. Berpijak di atas bumi tetapi selalu lupa diri. Dan demi Allah..kiranya dosa itu terus mengejar, pada siapa harus disandarkan rasa yang menghimpit jiwa?. PadaNya jualah dapat diceritakan segala..meskipun yang telah berlaku itu telah pun Dia ketahui... :(

-Ilahi Rabbi, dalam nafas yang bergetar, tafakurku di rumpun sejadah insaf. Temanilah..aku mahu Kau hilangkan resah yang membebani. Aku datang menyerahkan diri, dalam sujudku ini..temanilah daku . Ilahi Rabbi, tika senja berlabuh, menutup tirai sebuah cetera pedih. Ku temu bayang2 lesu amalanku. Mampukah aku bangun dari rebah ini. Meredahi malam yang tidak pasti. Dan arah yang masih mencari..Dan air mata pun berderaian di lereng2 sepi-




Jejak yang kita tinggalkan di
belakang adalah hadiah yang
diberikan oleh kehidupan untuk kita agar menjadi lebih dewasa.
Walaupun ada beberapa hadiah yang terbungkus dengan tidak indah, tetapi ketika kita membukanya pasti ada ilham dan pelajaran yang baik
untuk kita.

ALLAH selalu memberikan yang terbaik buat kita,walau terkadang kita tak pernah mengetahui rencana_Nya.



-Aku Dan Hatiku-

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SABAR DALAM MENGHADAPI UJIAN HIDUP

SABAR MENGHADAPI UJIAN HIDUP Bismillahirrahmanirrahim.... Ketahuilah, ujian dan cubaan di dunia merupakan sebuah keharusan, siapa pun tidak boleh terlepas darinya. Bahkan, itulah warna-warni kehidupan. Kesabaran dalam menghadapi ujian dan cubaan merupakan tanda kebenaran dan kejujuran iman seseorang kepada Allah SWT Sesungguhnya ujian dan cubaan yang datang bertubi-tubi menerpa hidup manusia merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Azza wa Jalla. Tidak satu pun diantara kita yang mampu menghalau ketentuan tersebut. Keimanan, keyakinan, tawakkal dan kesabaran yang kukuh amatlah sangat kita butuhkan dalam menghadapi badai cubaan yang menerpa. Sehingga tidak menjadikan diri kita berburuk sangka kepada Allah SWT terhadap segala Ketentuan-Nya. Oleh karena itu, dalam keadaan apapun, kita sebagai hamba yang beriman kepada Allah SWT harus sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Dan haruslah diyakini bahwa tidaklah Allah menurunkan berbagai musibah melai...

Sabarlah Wahai Hati..

saBaR  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Kata mak ” sabar tu kan separuh daripada iman”…berulangkali juga aku mengingatkan diri akan kata-kata mak tu. Sebagai manusia biasa yang tidak lepas dari kekurangan diri, hati kecilku sering tertanya. ” sampai bila ye aku perlu bersabar?”…” apakah orang lain juga perlu bersabar sepertiku?”..” cakap sabar memanglah senang, tapi menghadapinya sangat susah.” Itu semua apa yang berlaku suatu masa dahulu. Peningkatan usia dan ilmu menjadikan aku semakin redha dengan sesuatu yang berlaku. Kesabaran itu adalah nikmat bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Kesabaran itu memang perlu hingga akhir hayatku. Bersabar itu menjadikan aku hamba yang sentiasa redha dan bersyukur dengan ketentuan-Nya. Mungkin Allah tidak beri apa yang aku minta sekarang kerana Allah tahu ada yang lebih baik menantiku. Mungkin juga Allah tidak memakbulkan permintaanku kerana Allah rindu untuk mendengar rintihanku. Walau apapun aku...

Bicara Hati

Mimpi Indah.. Lemah tiada daya, tersungkur bagai itu penghujungnya, Jatuh lagi tersadung di bumi bertuah ini. Mimpi tiada yang nyata, Fikiran umpama mengawalnya, Akal seakan mengiyakan dan menidakkan. Keliru dengan permainan minda sendiri, Masih di alam yang kadang-kadang mengelirukan. Mahu saja ku pejamkan mata ini, Tamatkan semua cerita diri ini, Rebah biar sedar, Tenggelam biar timbul, inilah kehidupan. Tiada detik yang kita tahu sama ada bahagia atau tidak, Tiada masa yang kita tahu semua itu kekal milik kita atau tidak, Tiada minit walau saat kita ingin terluka atau dilukai. Sedar atau tidak semuanya terjadi tanpa kita duga. Hidup ini... Ternyata penuh dugaan yang sukar ditafsirkan, Serta penuh dengan hikmah yang kadang kala tidak terungkai. Hidup ini misteri!! Aku cuba melepaskan memori yang tercipta, Kenangan yang terpahat. Antara perkara yang sukar untuk dilepaskan, Antara perkara yang tak mahu dilepaskan jua... Kadang kala kita cuma watak tambahan dalam se...