Dicaci dan dimaki sesuka hati.
Aku terus dimalukan,
Sehingga kamu berasa diri kamu itulah yang paling sempurna.
Tapi apa yang aku buat,
Aku hanya tersenyum,
Dan terus tersenyum.
Kerana aku terfikir, Mungkin kamu merasa diri kamu sudah cukup hebat, Sehingga apa yang ada di mata kamu semuanya hina dan salah belaka.
Dari situ juga aku belajar erti kekuatan,
Aku tidak kenal apa itu kelemahan,
Kerana aku ingin terus berjuang,
Dan meninggalkan kejahilan.
Tetapi hanya air mata menjadi temanku saban waktu, Mulutku, aku hanya menguncinya dari terus berkata-kata,
Aku pujuk hatiku '' sabarlah, kamu tidak akan rugi ''
Sekali lagi,
Aku hembus nafasku sambil tersenyum,
Seraya berkata '' setelah kilat, adanya ribut, setelah ribut, adanya hujan dan selepas hujan adanya pelangi dan pelangi itulah yang bakal Allah hadiahkan ''
Jadi dengan itu,
Aku tetap terus tersenyum,
Dan apa yang aku mahu katakan,
Terima kasih,
Kerana cacian, hinaan, celaan dan makian kau itu membuat aku terus maju ke hadapan
Sampai akhir batas waktuku, Setiap perbuatan akan ada balasan andai tidak didunia, Pasti di akhirat nanti... :'(
-Aku Dan Hatiku-
Ulasan
Catat Ulasan