Langkau ke kandungan utama

Bicara Hati



Mimpi Indah..

Lemah tiada daya, tersungkur bagai itu penghujungnya, Jatuh lagi tersadung di bumi bertuah ini.

Mimpi tiada yang nyata, Fikiran umpama mengawalnya, Akal seakan mengiyakan dan menidakkan. Keliru dengan permainan minda sendiri, Masih di alam yang kadang-kadang mengelirukan.

Mahu saja ku pejamkan mata ini, Tamatkan semua cerita diri ini, Rebah biar sedar, Tenggelam biar timbul, inilah kehidupan.

Tiada detik yang kita tahu sama ada bahagia atau tidak, Tiada masa yang kita tahu semua itu kekal milik kita atau tidak,
Tiada minit walau saat kita ingin terluka atau dilukai. Sedar atau tidak semuanya terjadi tanpa kita duga.

Hidup ini...

Ternyata penuh dugaan yang sukar ditafsirkan, Serta penuh dengan hikmah yang kadang kala tidak terungkai. Hidup ini misteri!!

Aku cuba melepaskan memori yang tercipta, Kenangan yang terpahat. Antara perkara yang sukar untuk dilepaskan, Antara perkara yang tak mahu dilepaskan jua...

Kadang kala kita cuma watak tambahan dalam sebuah cerita kehidupan Sama lah dalam cerita cinta yang kita cipta, Mungkin pengakhirannya bersatu, Mungkin pengakhirannya yang lebih baik daripada yang satu itu, Sakitnya atau bahagianya tidak dapat di duga kadang kala.
Hanya diri kita yang tahu segala jawapan...

Malam yang dingin menemani hari-hariku,
Dulu... Malamku kerap ditemani dengan panggilan daripada yang tersayang,
Mesej-mesej yang kadang kala tiada penghujungnya, Segalanya tidak perlu penantian, Sekarang segalanya seakan janggal, Sejujurnya aku rasa kehilangan.
Aku cuba sedayanya untuk tidak menanti dan mengharap lagi, Walau ia menjadi satu kesedihan untukku, Aku rela.. Aku terima setiap kekurangan dan kelebihannya. Kerana... Aku teramat mencintainya.

Sedih?
Rindu?

Allahu.. Terlalu besar dan berat pengharapan ku kepadanya, Rasa hati tak dapat ditipu, Aku jadi sayu mengingatinya,
Satu-satunya lelaki yang aku sayang.. Dia!

Yang sentiasa ada untuku kapan pun, dalam sihat dan sakitku, Jua dalam sedih dan gembiraku, berada didekatnya membuat aku tenteram, mendengar suaranya buat hatiku tenang.

Allahurabbi.. Maafkan aku andai terlalu banyak meminta darimu sayangku. Aku tahu kau sedang membahagiakan ku semampumu.. maaf !!

Terlalu penat untuk bicara, Mendapatkan cinta manusia.. ermm memang payah.

Mendapatkan cinta Yang Maha Esa?
Sedang dan tidak pernah lekang.

Puaskan hati sendiri?
Patuhi segala kemahuan sendiri?
Sedapkan hati sendiri?
Selagi bernama manusia...

Aku tak kan pernah boleh puaskan hatiku dan mereka, juga tak mampu untuk memenuhi impian dan hasrat mereka seutuhnya, Kerana kita berdua sama.. Selagi bernama manusia ada keterbatasanya.

Akhirnya aku akan menangis, Akhirnya aku akan tinggal keseorangan tanpa mereka di sisi lagi, Akhirnya aku akan menyalahi dan di salahi.

Hatiku mula terguris, Dalam penantian yang tak tahu bila kan berakhir,
Darah yang mengalir semakin laju,
Degupan jantung semakin kencang,
Semuanya serba tak kena.

Terkedu dan terduduk adalah penamatnya.

-Aku Dan Hatiku-




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SABAR DALAM MENGHADAPI UJIAN HIDUP

SABAR MENGHADAPI UJIAN HIDUP Bismillahirrahmanirrahim.... Ketahuilah, ujian dan cubaan di dunia merupakan sebuah keharusan, siapa pun tidak boleh terlepas darinya. Bahkan, itulah warna-warni kehidupan. Kesabaran dalam menghadapi ujian dan cubaan merupakan tanda kebenaran dan kejujuran iman seseorang kepada Allah SWT Sesungguhnya ujian dan cubaan yang datang bertubi-tubi menerpa hidup manusia merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Azza wa Jalla. Tidak satu pun diantara kita yang mampu menghalau ketentuan tersebut. Keimanan, keyakinan, tawakkal dan kesabaran yang kukuh amatlah sangat kita butuhkan dalam menghadapi badai cubaan yang menerpa. Sehingga tidak menjadikan diri kita berburuk sangka kepada Allah SWT terhadap segala Ketentuan-Nya. Oleh karena itu, dalam keadaan apapun, kita sebagai hamba yang beriman kepada Allah SWT harus sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Dan haruslah diyakini bahwa tidaklah Allah menurunkan berbagai musibah melai...

Sabarlah Wahai Hati..

saBaR  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Kata mak ” sabar tu kan separuh daripada iman”…berulangkali juga aku mengingatkan diri akan kata-kata mak tu. Sebagai manusia biasa yang tidak lepas dari kekurangan diri, hati kecilku sering tertanya. ” sampai bila ye aku perlu bersabar?”…” apakah orang lain juga perlu bersabar sepertiku?”..” cakap sabar memanglah senang, tapi menghadapinya sangat susah.” Itu semua apa yang berlaku suatu masa dahulu. Peningkatan usia dan ilmu menjadikan aku semakin redha dengan sesuatu yang berlaku. Kesabaran itu adalah nikmat bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Kesabaran itu memang perlu hingga akhir hayatku. Bersabar itu menjadikan aku hamba yang sentiasa redha dan bersyukur dengan ketentuan-Nya. Mungkin Allah tidak beri apa yang aku minta sekarang kerana Allah tahu ada yang lebih baik menantiku. Mungkin juga Allah tidak memakbulkan permintaanku kerana Allah rindu untuk mendengar rintihanku. Walau apapun aku...