Langkau ke kandungan utama


"Perit rasa bila orang yang kau sangka akan tolong bantu kau tapi dia guriskan hati kau dengan sekelip mata. Perit dia macam kena tikam bertubi tubi... Tabah wahai hati "

Ehh apesal kau sensitif sangat ni ?? Bukan sepatutnya kau dah kebal ke dengan semua ni ?? (Mesti korang semua akan kate cam tu kan) Huhuu mau tak touching asyik asyik aku jer... batu yang keras tu pun kalau setiap hari kena kena titis air akan lekuk juga beb.. macam tu laaa ati aku :( Allahu... ermmm

Perkataan SABAR tu sangat mudah diucapan tapi berat untuk dilakukan.. nak ikhlaskan lagi laaa, apalagi pada kite yang bergelar hamba pada yang ESA. Ramai yang yang menunjukkan simpati dan hemburan kate2 manis tapi sayangnya hanya sekadar kate2 yang terucapan dari bibir bukan dari hati. Bukan simpati yang aku mahu!! Cukup mereka faham situasi aku. Jangan tambah lagi beban yang bersarang dalam kepala aku ni.

Perit.. pedih.. sakit.. sedih dan macam2 lagi yang aku rasa.. apa aku boleh buat dengan semua rasa ni? Tak ada!! Aku cuma boleh menangis jer.. menangis dan menangis, berharap moga Allah mendengar keluh kesah hati aku. Moga Allah beri aku extra ketabahan dan kekuatan. Dalam hati aku berbisik 'ya Allah aku benar benar tak kuat, tolong beri aku kekuatan, seandainya mereka semua membiarkan aku sendiri moga engkau masih bersamaku'.

3:45 pagi aku lihat jam disisi Allahu.. kepala aku terasa berdenyut sakit, mata aku berair, badan aku mula panas semula, aku tertidur atau aku pengsan ni? Yang aku ingat lepas maghrib aku baring.. thennn.. ermm.. bila diingat2 kisah semalam sedih sungguh hati ni.

Aku pujuk hati sendiri supaya sabar.. hanya tu jer yang boleh.. nak kate lebih pun tak guna, nak mengadu rasanya macam dah tak ada yang nak dengar... sepertinya mereka sibuk dengan urusan sendiri.


-AkuDanHatiku-




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SABAR DALAM MENGHADAPI UJIAN HIDUP

SABAR MENGHADAPI UJIAN HIDUP Bismillahirrahmanirrahim.... Ketahuilah, ujian dan cubaan di dunia merupakan sebuah keharusan, siapa pun tidak boleh terlepas darinya. Bahkan, itulah warna-warni kehidupan. Kesabaran dalam menghadapi ujian dan cubaan merupakan tanda kebenaran dan kejujuran iman seseorang kepada Allah SWT Sesungguhnya ujian dan cubaan yang datang bertubi-tubi menerpa hidup manusia merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Azza wa Jalla. Tidak satu pun diantara kita yang mampu menghalau ketentuan tersebut. Keimanan, keyakinan, tawakkal dan kesabaran yang kukuh amatlah sangat kita butuhkan dalam menghadapi badai cubaan yang menerpa. Sehingga tidak menjadikan diri kita berburuk sangka kepada Allah SWT terhadap segala Ketentuan-Nya. Oleh karena itu, dalam keadaan apapun, kita sebagai hamba yang beriman kepada Allah SWT harus sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Dan haruslah diyakini bahwa tidaklah Allah menurunkan berbagai musibah melai...

Sabarlah Wahai Hati..

saBaR  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Kata mak ” sabar tu kan separuh daripada iman”…berulangkali juga aku mengingatkan diri akan kata-kata mak tu. Sebagai manusia biasa yang tidak lepas dari kekurangan diri, hati kecilku sering tertanya. ” sampai bila ye aku perlu bersabar?”…” apakah orang lain juga perlu bersabar sepertiku?”..” cakap sabar memanglah senang, tapi menghadapinya sangat susah.” Itu semua apa yang berlaku suatu masa dahulu. Peningkatan usia dan ilmu menjadikan aku semakin redha dengan sesuatu yang berlaku. Kesabaran itu adalah nikmat bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Kesabaran itu memang perlu hingga akhir hayatku. Bersabar itu menjadikan aku hamba yang sentiasa redha dan bersyukur dengan ketentuan-Nya. Mungkin Allah tidak beri apa yang aku minta sekarang kerana Allah tahu ada yang lebih baik menantiku. Mungkin juga Allah tidak memakbulkan permintaanku kerana Allah rindu untuk mendengar rintihanku. Walau apapun aku...

Bicara Hati

Mimpi Indah.. Lemah tiada daya, tersungkur bagai itu penghujungnya, Jatuh lagi tersadung di bumi bertuah ini. Mimpi tiada yang nyata, Fikiran umpama mengawalnya, Akal seakan mengiyakan dan menidakkan. Keliru dengan permainan minda sendiri, Masih di alam yang kadang-kadang mengelirukan. Mahu saja ku pejamkan mata ini, Tamatkan semua cerita diri ini, Rebah biar sedar, Tenggelam biar timbul, inilah kehidupan. Tiada detik yang kita tahu sama ada bahagia atau tidak, Tiada masa yang kita tahu semua itu kekal milik kita atau tidak, Tiada minit walau saat kita ingin terluka atau dilukai. Sedar atau tidak semuanya terjadi tanpa kita duga. Hidup ini... Ternyata penuh dugaan yang sukar ditafsirkan, Serta penuh dengan hikmah yang kadang kala tidak terungkai. Hidup ini misteri!! Aku cuba melepaskan memori yang tercipta, Kenangan yang terpahat. Antara perkara yang sukar untuk dilepaskan, Antara perkara yang tak mahu dilepaskan jua... Kadang kala kita cuma watak tambahan dalam se...