Langkau ke kandungan utama

Ketika Takdir Menyapa



Lemah gemalai kaki ku saat itu, bagai terhenti degupan jantung.. sakit, sedih, pilu, marah dan pertanyaan demi pertanyaan berlegar di benak ku semua rasa menjadi satu.. HANCUR!

29 MACH 2017 tarikh yang mungkin tak mudah untuk aku lupa, dimana untuk kesekian kalinya aku di khianat, saat dimana seluruh kepercayaan ku musnah oleh satu satunya insan yang sangat aku sanjung dan sayang.. subhanallah, masih kuatkah aku untuk melalui semua ini.

Engkau yang aku anggap sebagai malaikat kecilku, bagaikan nyawa dan penyelamat tergamak melakukan sebegitu, susah untuk aku terima semua ini.. benar kata pepatah, " bila cinta jangan terlalu cinta, bila percaya jangan terlalu percaya, saat semuanya berbalik kita akan sengsara".

Apa yang ada diakal mu saat itu wahai sayang? Kemana perginya akal waras mu, kemana hilangnya segala janji yang engkau ungkap pada ku? Bukankah engkau yang berjanji untuk menjaga hati dan dirimu untukku? Menjaga aku dari seksa hidup yang lalu? Bukankah engkau yang selama ini selalu menyakinkan aku bahawa hanya aku untukmu? Engkau juga yang berkata padaku "siapa pun yang hadir didepanmu dan walau apa pun keadaannya hanya aku untukmu"? Mana semua itu waktu engkau khianat dan curang pada aku, walau katamu dia cuma persinggahan tapi padaku engkau tetap tidak SETIA dan jujur padaku! Aku sakit dengan semua ini sayang! Bukan ini kesayanganku yang aku kenal, aku mengenalimu sebagai seorang lelaki yang sangat sabar dan jujur, sabar dan tenang dalam menjalani hari harimu. Sayang... tanpa sedar engkau telah membunuh sebahagian dari aku... aku sebahagian dari aku hilang saat melihat semua gambar gambar mu, semua yang ada ditelefonmu tanpa ada satu pun yang tertinggal. Semua sudah aku lihat dan baca. Jika engkau ditempat aku apa rasa dan perasaanmu? Pernah engkau terbayangkan aku melakukan semua itu setelah apa yang kau beri dan korbankan untuk ku? Pernahkah?

Asal saja engkau tahu sayangku, saat engkau menyatakan rasa kaseh dan sayang mu padaku, aku merasakan.. akulah manusia yang sangat bertuah, engkau datang dengan memberiku harapan, engkau buat aku punya impian baru, engkau asbab yang menghidupkan jiwa ku yang mati sekian lama, engkau mengisi setiap kekosangan hatiku... hari hari ku kembali bermakna sesuatu yang terindah pinjaman Allah untukku.. dan dari detik itu aku berjanji akan sentiasa ada untukmu didalam keadaan apa pun, kuserahkan seluruh kepercayaan, kejujuran, kesetiaan dan kehidupan ku padamu seiring pengharapan kugantungkan pada Allah Swt semoga engkaulah pendampingku didunia juga akhirat nanti. 'Engkau yang terakhir aku tidak menginginkan yang lain lagi' itu doa yang sentiasa kulantunkan. 😭😭😭

Walauapa pun.. aku masih sangat sayang dan peduli padamu, aku tak mampu untuk membenci dan itu juga buat aku bertambah sakit. Biar hatiku kau hancurkan berkali kali, biar aku terpaksa bersedih sepanjang hayat.. selagi hayat dikandung badan dan selagi Allah izinkan, aku tetap akan setia dan menjaga semua yang aku janjikan untukmu. Aku memang bukan siapa siapa dan tak punya rupa atau kedudukan.. tapi, aku ada sekeping hati yang sangat tulus mencintaimu, sama ada masih ada 'KITA' atau sebaliknya. Doaku akan sentiasa mengiringi hari hari mu... In Shaa Allah.


KAU YANG BERTANDA...


-AkuYangKauSakiti-





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SABAR DALAM MENGHADAPI UJIAN HIDUP

SABAR MENGHADAPI UJIAN HIDUP Bismillahirrahmanirrahim.... Ketahuilah, ujian dan cubaan di dunia merupakan sebuah keharusan, siapa pun tidak boleh terlepas darinya. Bahkan, itulah warna-warni kehidupan. Kesabaran dalam menghadapi ujian dan cubaan merupakan tanda kebenaran dan kejujuran iman seseorang kepada Allah SWT Sesungguhnya ujian dan cubaan yang datang bertubi-tubi menerpa hidup manusia merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Azza wa Jalla. Tidak satu pun diantara kita yang mampu menghalau ketentuan tersebut. Keimanan, keyakinan, tawakkal dan kesabaran yang kukuh amatlah sangat kita butuhkan dalam menghadapi badai cubaan yang menerpa. Sehingga tidak menjadikan diri kita berburuk sangka kepada Allah SWT terhadap segala Ketentuan-Nya. Oleh karena itu, dalam keadaan apapun, kita sebagai hamba yang beriman kepada Allah SWT harus sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Dan haruslah diyakini bahwa tidaklah Allah menurunkan berbagai musibah melai...

Sabarlah Wahai Hati..

saBaR  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Kata mak ” sabar tu kan separuh daripada iman”…berulangkali juga aku mengingatkan diri akan kata-kata mak tu. Sebagai manusia biasa yang tidak lepas dari kekurangan diri, hati kecilku sering tertanya. ” sampai bila ye aku perlu bersabar?”…” apakah orang lain juga perlu bersabar sepertiku?”..” cakap sabar memanglah senang, tapi menghadapinya sangat susah.” Itu semua apa yang berlaku suatu masa dahulu. Peningkatan usia dan ilmu menjadikan aku semakin redha dengan sesuatu yang berlaku. Kesabaran itu adalah nikmat bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Kesabaran itu memang perlu hingga akhir hayatku. Bersabar itu menjadikan aku hamba yang sentiasa redha dan bersyukur dengan ketentuan-Nya. Mungkin Allah tidak beri apa yang aku minta sekarang kerana Allah tahu ada yang lebih baik menantiku. Mungkin juga Allah tidak memakbulkan permintaanku kerana Allah rindu untuk mendengar rintihanku. Walau apapun aku...

Bicara Hati

Mimpi Indah.. Lemah tiada daya, tersungkur bagai itu penghujungnya, Jatuh lagi tersadung di bumi bertuah ini. Mimpi tiada yang nyata, Fikiran umpama mengawalnya, Akal seakan mengiyakan dan menidakkan. Keliru dengan permainan minda sendiri, Masih di alam yang kadang-kadang mengelirukan. Mahu saja ku pejamkan mata ini, Tamatkan semua cerita diri ini, Rebah biar sedar, Tenggelam biar timbul, inilah kehidupan. Tiada detik yang kita tahu sama ada bahagia atau tidak, Tiada masa yang kita tahu semua itu kekal milik kita atau tidak, Tiada minit walau saat kita ingin terluka atau dilukai. Sedar atau tidak semuanya terjadi tanpa kita duga. Hidup ini... Ternyata penuh dugaan yang sukar ditafsirkan, Serta penuh dengan hikmah yang kadang kala tidak terungkai. Hidup ini misteri!! Aku cuba melepaskan memori yang tercipta, Kenangan yang terpahat. Antara perkara yang sukar untuk dilepaskan, Antara perkara yang tak mahu dilepaskan jua... Kadang kala kita cuma watak tambahan dalam se...