Detik waktu terus berlalu meninggalkan seribu satu macam kisah suka dan lara, terkadang aku rapuh dalam langkah menuju destinasi seterusnya..
Seorang 'AKU' yang sedari kecilnya menanggung seksa dunia, yang sering terpinggir dari kasih sayang manusia lain kini cuba untuk punya impian dan pengharapan. Cuba untuk punya kehidupan yang lebih baik, jauh dari kisah silam yang menyakitkan.
Adakalanya aku terfikir, layakkah aku mendapatkan semua yang aku impikan? Sekuat dan setabah apakah aku nanti menghadapi kemungkinan kemungkinan yang mendatang? Masihkah mampu terus bertahan atau tenggelam dipertengahan jalan? Dengan pelbagai pertanyaan yang bermain diminda tanpa sedar aku telahpun melewati sebahagian dari segala kemungkinan yang difikirkan... Allahurobbi berat sungguh ujian yang Engkau berikan padaku namun begitu aku tetap bersyukur dan memohon moga Engkau memberiku kekuatan, kesabaran juga pengampunan.
Disaat aku mula bangkit dari mimpi ngeri yang kian kelam sekali lagi Engkau memberiku cubaan, SUBHANALLAH! hanya Engkaulah jua yang tahu isi hati dan keadaan ku saat ini.. betapa hancurnya hatiku, lebih sakit dari yang sebelumnya sepertinya jiwaku mati sekali lagi. Dengan segala susah payah aku tetap cuba untuk bertahan dan mengharunginya. Airmata ini tak henti mengalir walau aku cuba menahannya, pelan pelan aku cuba mencari kekuatan. Tidak mudah aku melupakan pengkhianatan yang kini baru terbongkar, sangat hina rasanya diri ini.
Waktu terus berlalu dan hari silih berganti, aku terus mencari kekuatan, cuba mengembalikan segalanya seperti sediakala kerana aku yakin inilah destinasi ku... Dialah insan yang sangat aku kasihi tujuan hidupku didunia ini dan yang akan membimbingku terus berada dijalan_MU. Bersamanya cintanya. Untuk itu sekali lagi aku mohon padamu "YA Allah! tolong pinjamkan aku kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk melalaui semua ujian ini, izinkan aku untuk terus menyayangi dia dalam apa jua keadaan, izinkan aku terus mendampinginya didunia juga di akhirat kelak. Satukan hati dan jiwa kami dengan ikatan yang halal dalam redho dan kasih sayangmu, seandainya bukan aku yang yang ditakdirkan olehmu untuknya maka tolonglah aku untuk terus menyayanginya hingga akhir hayatku, aku tidak menginginkan insan yang lain lagi tapi aku minta engkau memberinya pendamping yang lebih baik dan selayaknya dari aku, telah aku ampunkan segala kesilapannya padaku, kerana bagiku dia layak mendapatkannya atas segala kebaikan yang telah dia perbuat padaku juga manusia manusia lainnya. YA Allah! Aku sangat menyayanginya lebih dari diriku sendiri aku sanggup disakiti olehnya berkali kali asalkan aku tetap ada disampingnya dan engkau YA Allah sudi memberi aku kekuatan itu."
"Sayang maafkan aku kerana masih bersedih, maafkan aku kerana airmata ini masih mengalir, jangan pernah lelah mengasihi dan membimbing ku kerana apa pun yang terjadi dan bakal terjadi aku akan tetap ada dan menyanyingimu.. In Shaa Allah".
-Kau yang bertanda-
-Kaseh Firdaus-
Ulasan
Catat Ulasan