1Mei 2017, bererti genap suda 2tahun hubungan hati ini terjalin..
Dua tahun lalu pada tarikh yang sama untuk pertama kalinya awak datang menemui saya, pertemuan yang paling bermakna untuk saya.. pertemuan yang tidak pernah saya bayang dan fikirkan.
Pagi itu saya menatap wajah yang selalu saya dengar suaranya di telefon, yang saban malam suaranya menemani ruang ruang kosong dihati dengan alunan ayat ayat suci Allah.. Allahurabbi, sesuatu yang indah menyapa diri ini. Saat itu jauh di sudut hati bagai ada cahaya yang menyinari.. dan saat itu juga hati berkata " mungkinkah dia jawap dari Allah swt bagi semua doa ku selama ini?" Agak lucu bila di ingat kembali juga terlalu indah ❤
"Lelaki ini benar benar gila" itu yang keluar dari mulut saya pagi itu 😅 semua berlaku terlalu pantas, kita breakfast bersama.. kita mula berbual dan awak sentiasa tersenyum, comeyyy! Lebih comeyy dari dalam gambar yang selalunya awak hantar di sms. Hari itu kita habiskan masa bersama, hari itu hari yang cukup bermakna dan terindah untuk saya, hari dimana terlahirnya rasa kaseh yang sangat dalam.. sesuatu yang tak pernah dirasakan seumur hidup saya, walau ketika itu saya tidak mengetahui isi hati awak pada saya. Lucu kan?
Dan siapa sangka pejam celik waktu beredara genap dua tahun kita bersama, TERIMA KASIH SAYANG.. SEMOGA HUBUNGAN KITA KEKAL HINGGA AKHIR HAYAT DAN MOGA MOGA BERSAMA SELAMANYA DI AKHIRAT KELAK ATAS IZIN YANG ESA.. IN SHAA ALLAH.
Awak sangat berbeza dari yang lainya, awak sangat istemewa dihati saya. Dari hari pertama saya melihat awak hinggalah detik ini awak yang terindah. Pinjaman Allah yang cukup bermakna bagi manusia seperti saya.
Dari perwatakan yang bersahaja, tutur kata yang lembut, penampilan bersederhana, senyuman yang sentiasa terukir.. saya jatuh kaseh 🙈 dan yang paling penting saya melihat ada ketulusan dihati awak. Mata awak mengambarkan isi hati awak, seperti ada sesuatu.. ia bagai bercerita, walau waktu itu saya tak tahu apa, kenapa dan macam mana tapi saya yakin inilah doa saya selama ni. Saya memcintai awak sayangku. Bukan kerana rupa, bukan kerana harta juga kedudukan.. saya mencintai awak kerana awaklah manusia gila yang sanggup datang jauh jauh berjumpa saya, yang sanggup menemani saya saban malam ditelefon, yang bersedih untuk saya, yang bimbang keselamatan saya, yang sentiasa berusaha membahagiakan saya dari awal perkenalan hingga detik ini. KAU YANG TERINDAH SAYANGKU..
Segala suka dan duka telah kita lewati bersama, pahit manis dan ujian ujian yang datang telah pun kite tempuh dan akan tempuh. Semoga tetap sabar, setia dan terus menyayangi diri ini.
Actually I don't know what the future going to be like, but I want you to know that right now, this minute, you are the one that I feel special towards, more than anyone else..And you're the only one I love... 😘
-kasehfirdaus-
Ulasan
Catat Ulasan