Langkau ke kandungan utama

Sabarlah Wahai Hati..

saBaR




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Kata mak ” sabar tu kan separuh daripada iman”…berulangkali juga aku mengingatkan diri akan kata-kata mak tu. Sebagai manusia biasa yang tidak lepas dari kekurangan diri, hati kecilku sering tertanya. ” sampai bila ye aku perlu bersabar?”…” apakah orang lain juga perlu bersabar sepertiku?”..” cakap sabar memanglah senang, tapi menghadapinya sangat susah.”

Itu semua apa yang berlaku suatu masa dahulu. Peningkatan usia dan ilmu menjadikan aku semakin redha dengan sesuatu yang berlaku. Kesabaran itu adalah nikmat bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Kesabaran itu memang perlu hingga akhir hayatku. Bersabar itu menjadikan aku hamba yang sentiasa redha dan bersyukur dengan ketentuan-Nya. Mungkin Allah tidak beri apa yang aku minta sekarang kerana Allah tahu ada yang lebih baik menantiku. Mungkin juga Allah tidak memakbulkan permintaanku kerana Allah rindu untuk mendengar rintihanku. Walau apapun aku yakin Allah sentiasa mendengarkan aku.

Sering mengingatkan diri ini bahawa ada insan-insan lain yang lebih tidak bernasib baik berbanding aku. Aku bertuah kerana tidak diuji seperti mereka. Ternyata Allah sangat mengasihiku. Bukan Allah tidak mengasihi mereka, tetapi Allah memilih mereka kerana mereka lebih kuat untuk menghadapinya. Ternyata sebenarnya mereka lebih hebat dariku. Itulah kelebihan mereka.

Semoga aku terus menjadi orang yang sabar dan bersyukur akan segala nikmat-Nya. Membantu mereka yang memerlukan bantuanku semampunya aku. Walau seberat mana ujian Allah, semoga Allah tidak menguji aku dengan sesuatu yang diluar kemampuanku.

Allah berfirman, “Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar.” (Al Anfaal : 46 )

Allah SWT berfirman : “Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar.” ( Ali Imran : 146)

*Ingatlah! ketika engkau tidak punya sesiapa, maka Allah itu lebih dari cukup.


#AkuDanHatiku


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


KELUKAAN YANG KUSEMADIKAN





Kulakarkan kesedihan ini
nun jauh ke juzuk bumi
biar ianya bersemadi di sana
tanpa sesiapa yang tahu
tanpa sesiapa yang mengerti
tanpa sesiapa yang memahami
betapa terlukanya hati
seorang aku.


Lewat tenggelam dalam diam, terhimpit sesaknya waktu. Cuma damai yang kucari lewat kata-kata yang indah ketika hati bicara…itulah kebenaran yang nyata dan kualunkan dalam irama puisiku dan kupaparkan di ruang ini sekadar untuk menemaniku di saat sepi mula mencemburui dan di saat resahku kembali bertandang…



Aku dan hatiku.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SABAR DALAM MENGHADAPI UJIAN HIDUP

SABAR MENGHADAPI UJIAN HIDUP Bismillahirrahmanirrahim.... Ketahuilah, ujian dan cubaan di dunia merupakan sebuah keharusan, siapa pun tidak boleh terlepas darinya. Bahkan, itulah warna-warni kehidupan. Kesabaran dalam menghadapi ujian dan cubaan merupakan tanda kebenaran dan kejujuran iman seseorang kepada Allah SWT Sesungguhnya ujian dan cubaan yang datang bertubi-tubi menerpa hidup manusia merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Azza wa Jalla. Tidak satu pun diantara kita yang mampu menghalau ketentuan tersebut. Keimanan, keyakinan, tawakkal dan kesabaran yang kukuh amatlah sangat kita butuhkan dalam menghadapi badai cubaan yang menerpa. Sehingga tidak menjadikan diri kita berburuk sangka kepada Allah SWT terhadap segala Ketentuan-Nya. Oleh karena itu, dalam keadaan apapun, kita sebagai hamba yang beriman kepada Allah SWT harus sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Dan haruslah diyakini bahwa tidaklah Allah menurunkan berbagai musibah melai...

Bicara Hati

Mimpi Indah.. Lemah tiada daya, tersungkur bagai itu penghujungnya, Jatuh lagi tersadung di bumi bertuah ini. Mimpi tiada yang nyata, Fikiran umpama mengawalnya, Akal seakan mengiyakan dan menidakkan. Keliru dengan permainan minda sendiri, Masih di alam yang kadang-kadang mengelirukan. Mahu saja ku pejamkan mata ini, Tamatkan semua cerita diri ini, Rebah biar sedar, Tenggelam biar timbul, inilah kehidupan. Tiada detik yang kita tahu sama ada bahagia atau tidak, Tiada masa yang kita tahu semua itu kekal milik kita atau tidak, Tiada minit walau saat kita ingin terluka atau dilukai. Sedar atau tidak semuanya terjadi tanpa kita duga. Hidup ini... Ternyata penuh dugaan yang sukar ditafsirkan, Serta penuh dengan hikmah yang kadang kala tidak terungkai. Hidup ini misteri!! Aku cuba melepaskan memori yang tercipta, Kenangan yang terpahat. Antara perkara yang sukar untuk dilepaskan, Antara perkara yang tak mahu dilepaskan jua... Kadang kala kita cuma watak tambahan dalam se...