Langkau ke kandungan utama

Takdir Dan Waktu

Ermmm lama dah tak menulis disini.. kebelakangan ni selalu tak sihat mood pun selalu entah ape2.. jadi hempeh !




Yang Terpendam...

Ada banyak benda yang terbuku dihati, ada rasa hampa melingkar di benak... aku sendiri tak faham kenapa dan mengapa.. jangan tanya aku ! Benda ni lah yang sedang menganggu aku sekarang.

Orang disekeliling pula cuma tau menghukum langsung tak cuba nak faham. Patut ke mereka fikir aku suka jadi macam sekarang ni.. aku ke yang pentingkan diri atau kamu semua yang langsung tak memahami.. ? :(

" manusia kebiasaannya terdidik dengan apa yang mereka ingin lihat, buka hakikat dari apa yang dilihat "

Aku juga punya hati dan perasaan sama seperti kamu semua.. adakalanya ada pekara yang tak dapat aku luah dengan perkataan tapi aku zahirkan melalui perbuataan.

Hari ni aku betul-betul sakit.. dah lah semalam disengat lipan, petang balik dari hospital tiba-tiba demam panas berserta muntah, rasa nak pengsan pun ada.. tau-tau ada yang datang terus marah.. terus bebel, tau ke aku kenapa? Kamu cuma melihat tanpa bertanya sebabnya lalu terus menuduh... aku betul-betul sedih.. aku bukan sengaja lupa dimana telefon.. aku dah makan.. aku dah jaga diri aku sebaik mungkin.. aku tak minta sakit.. bila jadi macam ni kenapa aku disalahkan.

Satu pertanyaan keras singgah ditelinga aku.. "sis syakinah cakap asyik diam dari semalam, merajuk ke ?" Aku cuma senyum dan diam dengan pertanyaan tu. Tanpa sedar airmata aku mengalir.. aku tahu bile aku diam dan senyap semua akan menyangka aku merajuk ! Yang pasti kali ini aku tak merajuk.. aku sakit !! Aku diam sebab aku tak tahu nak cakap apa.. aku sangat rungsing.. aku rasa hampa.. yang aku tahu aku sangat ingin Firdaus ade dengan aku sekarang.. :( tapi tu semua tak mungkin kan.. so diam jer lah.

Sedih sungguh rasa hati.. rasa macam sangat tak berguna pada semua orang.. rasa dah terlalu banyak menyusahkan orang terutama firdaus.. aku dah banyak susahkan dia. Nak layan kerenah aku.. nak tanggung hidup aku.. kadang-kadang nak kena pujuk aku.. andai saja dia tahu aku langsung tak niat nak susahkan dia. Aku bukan suka-suka nak merajuk.. aku bukan sengaja nak mengada-ngada... :(

Aku pun tak nak sakit.. aku pun tak suka sakit.. aku pun nak hidup bahagia macam kamu semua.. aku juga ada impian. Jangan menghukum sebelum kamu semua tahu kedudukan sebenar. Maaf aku dah menyusahkan kamu semua.. :(




Aku Dan Hatiku


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SABAR DALAM MENGHADAPI UJIAN HIDUP

SABAR MENGHADAPI UJIAN HIDUP Bismillahirrahmanirrahim.... Ketahuilah, ujian dan cubaan di dunia merupakan sebuah keharusan, siapa pun tidak boleh terlepas darinya. Bahkan, itulah warna-warni kehidupan. Kesabaran dalam menghadapi ujian dan cubaan merupakan tanda kebenaran dan kejujuran iman seseorang kepada Allah SWT Sesungguhnya ujian dan cubaan yang datang bertubi-tubi menerpa hidup manusia merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Azza wa Jalla. Tidak satu pun diantara kita yang mampu menghalau ketentuan tersebut. Keimanan, keyakinan, tawakkal dan kesabaran yang kukuh amatlah sangat kita butuhkan dalam menghadapi badai cubaan yang menerpa. Sehingga tidak menjadikan diri kita berburuk sangka kepada Allah SWT terhadap segala Ketentuan-Nya. Oleh karena itu, dalam keadaan apapun, kita sebagai hamba yang beriman kepada Allah SWT harus sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Dan haruslah diyakini bahwa tidaklah Allah menurunkan berbagai musibah melai...

Sabarlah Wahai Hati..

saBaR  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Kata mak ” sabar tu kan separuh daripada iman”…berulangkali juga aku mengingatkan diri akan kata-kata mak tu. Sebagai manusia biasa yang tidak lepas dari kekurangan diri, hati kecilku sering tertanya. ” sampai bila ye aku perlu bersabar?”…” apakah orang lain juga perlu bersabar sepertiku?”..” cakap sabar memanglah senang, tapi menghadapinya sangat susah.” Itu semua apa yang berlaku suatu masa dahulu. Peningkatan usia dan ilmu menjadikan aku semakin redha dengan sesuatu yang berlaku. Kesabaran itu adalah nikmat bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Kesabaran itu memang perlu hingga akhir hayatku. Bersabar itu menjadikan aku hamba yang sentiasa redha dan bersyukur dengan ketentuan-Nya. Mungkin Allah tidak beri apa yang aku minta sekarang kerana Allah tahu ada yang lebih baik menantiku. Mungkin juga Allah tidak memakbulkan permintaanku kerana Allah rindu untuk mendengar rintihanku. Walau apapun aku...

Bicara Hati

Mimpi Indah.. Lemah tiada daya, tersungkur bagai itu penghujungnya, Jatuh lagi tersadung di bumi bertuah ini. Mimpi tiada yang nyata, Fikiran umpama mengawalnya, Akal seakan mengiyakan dan menidakkan. Keliru dengan permainan minda sendiri, Masih di alam yang kadang-kadang mengelirukan. Mahu saja ku pejamkan mata ini, Tamatkan semua cerita diri ini, Rebah biar sedar, Tenggelam biar timbul, inilah kehidupan. Tiada detik yang kita tahu sama ada bahagia atau tidak, Tiada masa yang kita tahu semua itu kekal milik kita atau tidak, Tiada minit walau saat kita ingin terluka atau dilukai. Sedar atau tidak semuanya terjadi tanpa kita duga. Hidup ini... Ternyata penuh dugaan yang sukar ditafsirkan, Serta penuh dengan hikmah yang kadang kala tidak terungkai. Hidup ini misteri!! Aku cuba melepaskan memori yang tercipta, Kenangan yang terpahat. Antara perkara yang sukar untuk dilepaskan, Antara perkara yang tak mahu dilepaskan jua... Kadang kala kita cuma watak tambahan dalam se...