Detik waktu terus berlalu meninggalkan seribu satu macam kisah suka dan lara, terkadang aku rapuh dalam langkah menuju destinasi seterusnya.. Seorang 'AKU' yang sedari kecilnya menanggung seksa dunia, yang sering terpinggir dari kasih sayang manusia lain kini cuba untuk punya impian dan pengharapan. Cuba untuk punya kehidupan yang lebih baik, jauh dari kisah silam yang menyakitkan. Adakalanya aku terfikir, layakkah aku mendapatkan semua yang aku impikan? Sekuat dan setabah apakah aku nanti menghadapi kemungkinan kemungkinan yang mendatang? Masihkah mampu terus bertahan atau tenggelam dipertengahan jalan? Dengan pelbagai pertanyaan yang bermain diminda tanpa sedar aku telahpun melewati sebahagian dari segala kemungkinan yang difikirkan... Allahurobbi berat sungguh ujian yang Engkau berikan padaku namun begitu aku tetap bersyukur dan memohon moga Engkau memberiku kekuatan, kesabaran juga pengampunan. Disaat aku mula bangkit dari mimpi ngeri yang kian kelam sekali lag...
"Hati"Allah berikan untuk kita, hebatnya hati boleh berbicara tanpa suara,hebatnya hati mampu menangis tanpa airmata,tapi.. Jangan lupa,hebatnya hati juga boleh menghancurkan JIWA dan IMAN.