Langkau ke kandungan utama

Coretan Hatiku Untukmu Sayang



Jika Nafas Terhenti

Entah tinggal beberapa langkah lagi...
Entah tinggal beberapa hela nafas lagi..
Entah tinggal beberapa kederat lagi..
Entah tinggal beberapa tenaga lagi..
Entah tinggal beberapa daya lagi..
Entah tinggal beberapa patah kata lagi..
Entah tinggal beberapa upaya lagi..
Entah tinggal beberapa senyuman lagi..
Entah tinggal beberapa detik lagi..
Yang ku pinjam daripada ILAHI..

Mungkinkah aku sempat meluahkan,
Kata sayang yang terpendam..
Mungkinkah aku sempat merasakan,
Belaian cinta yang kudambakan..
Mungkinkah aku sempat membicarakan,
Memori cinta yang lalu..
Mungkinkah aku sempat menyuarakan,
Secangkir rindu di perdu jiwa..
Mungkinkah aku sempat merangkul,
Jasad yang ku sayang itu..

Ya Allah...
Jika tiada waktu untuk ku lagi,
Jika terlumpuh semua daya,
Jika terbungkam semua rasa,
Jika terhenti semua detik,
Jika tersekat semua nafas,
Jika terhenti putaran dunia,
Jika kelam cahaya suria,
Namun..berilah aku kesempatan,
Mengucapkan sebaris kata,
AKU CINTA PADA NYA.....


*untuk awak yang saye sayang... love u always Firdaus ♡



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





CORETAN  HATIKU

Hari ini hatiku disayat pilu... terlalu banyak kisah hitam yang telah aku kuburkan, terlalu sakit saat aku cube melupakan.. namun semua itu telah lama aku lupakan. Tiba-tiba ia diungkit lagi, disebut lagi... Allah !! 

Nasib seorang wanita, yang bergelut dengan kepayahan hidup dan sebuah pengorbanan. Itu lah kisah hidupku.. kehidupan yang terpaksa aku tempuhi demi jiwa-jiwa yang perlu untuk terus hidup di bumi Allah ini.

Siapa sangka aku dulunya seorang gadis yang polos dan lemah, bertukar menjadi seorang wanita yang kuat dan tegas... ini semua terjadi kerana seorang lelaki. Lelaki yang berjaya menghancurkan seluruh kehidupan dan keluargaku.. Subhanallah!! 

Tahun-tahun yang sukar untuk kehidupan ku.. hidup seperti seekor burung.. "Pandangan terlepas tetapi jasad terkurung" itulah perumpamaan hidupku. Setiap hari sentiasa ada ketakutan dan kebimbangan. Setiap hari akan ada seksaan, pukulan, sepak terajang dan cacian... "Allah.. ujian apa yang telah engkau berikan untukku? " soalan yg sering terucap dari bibirku ketika itu.. 

Atas sebab apa aku diperlakukan seperti ini.. salahkah bila aku tidak mengikuti setiap kemahuannya.. salahkah bila aku menolak lamarannya.. ?? Alhamdulillah.. setahun selepas kejadian hitam itu.. Lelaki itu tidak lagi berupaya memaksa aku menuruti kemahuannya, dia yang kononnya gagah itu telah disahkan menghidap 'sakit lelaki' alat sulitnya tidak berfungsi sama sekali.. aku lega tentang itu tapi pada masa yang sama aku masih takut.. takut akan nasib aku yang selanjutnya.

Betul sangkaan ku, aku masih dalam pengawasa  dan perhatiannya.. aku dijadikan perhiasa seperti patung cendana.. ermmm maksudnya? Maksuknya aku jadi hambanya !!
Mencuci, memasak, menguruskan rumah, ape jua keperluannya... sadis!! Sungguh kejam lelaki ini... satu suasana berbeza aku tempuhi kali ini, terasa cam bibik pun ada jugak.. ermm.
setiap malam dia akan berpoya-paya dengan ramai wanita-wanita.. setiap hari akn balik kerumah dengan mana2 wanita yg dia suka dlm keadaan mabuk.. tau mabuk? Hah.. pengaruh alkohol dan waktu itu lah dia akn menyeksa aku.. seperti budak suruhan aku akn mengikuti... dlm keadaan takut aku melakukannya.. menyediakan bilik tidur utk dia dan wanita itu.. melayan mkn minum meraka.. selalunya tanpa apa2 kesalahan pun akn akn dipukul dn maki... Aku benci lelaki !! Aku nekad aku nak lari jauh dari sini.. dari tempat puaka ni.

Dua tahun berlalu... dengan pertolongan seorang kawan, aku berjaya melarikan diri.. ini kali ketiga nya.. setelah dua kali aku ditangkap kerana cuba lari.. Alhamdulillah akhirnya dengan segala susah payah aku berjaya.. 
aku tinggalkan segala derita dan kesakitan dipenjara buatan lelaki itu.. syukur ya Allah akhirnya engkau menjawap doa2 ku.. 

Aku selamat tiba disubang pukul 3 pagi.. 8 pagi aku menaki pesawat ke serawak.. syukur tidak terkata dalam pada itu aku juga turut sedih kerana terpaksa meninggalkan kg halaman dan keluarga.. Allah hanya engkau maha mengetahui segalanya... aku terpaksa meninggalkan meraka.

Bermula kehidupan baru.. suasana baru dan pengalaman baru dalam hidupku dirantauan.
Terima Kasih Ya Allah.. sehingga kini aku masih bernafas dibumi beesama insan-insan yang aku sayang. Pengalam pahit itu buat aku lebih berhati-hati dan bersyukur atas nikmat hidup.

Aku tahu.. Engkau tidak akan mengujiku sesuai dengan kemampuanku.. dan engkau jua teramat sayang padaku... 

Derita itu biarlah aku kuburkan selamanya. Hanya masa yang bisa mengubat luka yang tersisa.. 

Aku Dan Hatiku


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SABAR DALAM MENGHADAPI UJIAN HIDUP

SABAR MENGHADAPI UJIAN HIDUP Bismillahirrahmanirrahim.... Ketahuilah, ujian dan cubaan di dunia merupakan sebuah keharusan, siapa pun tidak boleh terlepas darinya. Bahkan, itulah warna-warni kehidupan. Kesabaran dalam menghadapi ujian dan cubaan merupakan tanda kebenaran dan kejujuran iman seseorang kepada Allah SWT Sesungguhnya ujian dan cubaan yang datang bertubi-tubi menerpa hidup manusia merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Azza wa Jalla. Tidak satu pun diantara kita yang mampu menghalau ketentuan tersebut. Keimanan, keyakinan, tawakkal dan kesabaran yang kukuh amatlah sangat kita butuhkan dalam menghadapi badai cubaan yang menerpa. Sehingga tidak menjadikan diri kita berburuk sangka kepada Allah SWT terhadap segala Ketentuan-Nya. Oleh karena itu, dalam keadaan apapun, kita sebagai hamba yang beriman kepada Allah SWT harus sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Dan haruslah diyakini bahwa tidaklah Allah menurunkan berbagai musibah melai...

Sabarlah Wahai Hati..

saBaR  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Kata mak ” sabar tu kan separuh daripada iman”…berulangkali juga aku mengingatkan diri akan kata-kata mak tu. Sebagai manusia biasa yang tidak lepas dari kekurangan diri, hati kecilku sering tertanya. ” sampai bila ye aku perlu bersabar?”…” apakah orang lain juga perlu bersabar sepertiku?”..” cakap sabar memanglah senang, tapi menghadapinya sangat susah.” Itu semua apa yang berlaku suatu masa dahulu. Peningkatan usia dan ilmu menjadikan aku semakin redha dengan sesuatu yang berlaku. Kesabaran itu adalah nikmat bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Kesabaran itu memang perlu hingga akhir hayatku. Bersabar itu menjadikan aku hamba yang sentiasa redha dan bersyukur dengan ketentuan-Nya. Mungkin Allah tidak beri apa yang aku minta sekarang kerana Allah tahu ada yang lebih baik menantiku. Mungkin juga Allah tidak memakbulkan permintaanku kerana Allah rindu untuk mendengar rintihanku. Walau apapun aku...

Bicara Hati

Mimpi Indah.. Lemah tiada daya, tersungkur bagai itu penghujungnya, Jatuh lagi tersadung di bumi bertuah ini. Mimpi tiada yang nyata, Fikiran umpama mengawalnya, Akal seakan mengiyakan dan menidakkan. Keliru dengan permainan minda sendiri, Masih di alam yang kadang-kadang mengelirukan. Mahu saja ku pejamkan mata ini, Tamatkan semua cerita diri ini, Rebah biar sedar, Tenggelam biar timbul, inilah kehidupan. Tiada detik yang kita tahu sama ada bahagia atau tidak, Tiada masa yang kita tahu semua itu kekal milik kita atau tidak, Tiada minit walau saat kita ingin terluka atau dilukai. Sedar atau tidak semuanya terjadi tanpa kita duga. Hidup ini... Ternyata penuh dugaan yang sukar ditafsirkan, Serta penuh dengan hikmah yang kadang kala tidak terungkai. Hidup ini misteri!! Aku cuba melepaskan memori yang tercipta, Kenangan yang terpahat. Antara perkara yang sukar untuk dilepaskan, Antara perkara yang tak mahu dilepaskan jua... Kadang kala kita cuma watak tambahan dalam se...