Langkau ke kandungan utama

Sedekah Dibulan Ramadhan__ Lakukan Tanpa Ragu-Ragu


Ramadhan adalah bulan yang paling dimuliakan oleh setiap umat Islam. Pada bulan Ramadhan kita boleh tengok orang yang tak pernah ke masjid, pergi ke masjid (terawih). Orang yang tak pernah solat malam, bangun solat malam (mencari LailatulQadar). Orang yang tak pernah solat pun mengerjakan puasa.
Apakah yang memuliakan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain? Sabda Rasulullah SAW lagi “Apabila tiba bulan Ramadan, dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan akan dirantai semuanya”.
Pada bulan Ramadhan, kita tak disibukkan sangat dengan urusan kerja.Mungkin 5/6 dari warga pejabat akan balik awal untuk berbuka puasa bersama keluarga. Malam-malam ramai yang mengunjungi masjid daripada melepek di depan TV. Kalau macam di kampung saya, setiap malam diadakan moreh mengikut giliran, secara tak langsung menggalakkan ahli keluarga yang terkena giliran tu turut sama bekerjasama menyediakan moreh dan sama-sama ke masjid juga.
Pada bulan Ramadhan ni lah masjid hidup hingga ke pagi. Banyak masjid yang menganjurkan iktikaf dan menyediakan sahur untuk jemaah yang beriktikaf di masjid sepanjang malam.
Perbuatan pun lebih banyak yang dijaga, memandangkan ‘taknak kurang pahala puasa’ :)
Antara perkara lain yang dianjurkan dalam bulan Ramadhan ialah bersedekah. Masa ni lah kita tengok umat Islam berpusu-pusu melunaskan zakat, samada zakat fitrah atau zakat-zakat lain. Begitu juga dengan fidyah puasa (bagi wanita yang meninggalkan puasa kerana hamil & menyusui; serta orang sakit yang tiada harapan sembuh meninggalkan puasa;etc) yang dilunaskan pada bulan ini.
Sebaik-baik sedekah adalah pada bulan Ramadan (HR Tirmizi)
Namun begitu masih ada yang ragu-ragu untuk mengeluarkan sedekah, antara sebabnya:
  • Bimbang wang sedekahnya digunakan untuk tujuan yang tidak elok/tidak berfaedah.
  • Bimbang wang sedekahnya tidak sampai kepada yang berhak, mungkin kena songlap si pemungut derma.
  • Bimbang si penerima sedekah tidak sudi menerima wang/barang sedekahnya.
  • Bimbang hati tidak ikhlas semasa bersedekah.
Keikhlasan adalah sesuatu yang amat sukar untuk diukur. Malah diri sendiri pun kadangkala tak dapat nak selidik samada kita betul2 ikhlas atau tidak.
Antara tanda-tanda ikhlas yang boleh kita cuba selidik ialah, tidak tergugat dengan kejian orang, dan tidak terpengaruh dengan pujian orang, kerana apa yang dilakukan adalah kerana Allah Taala.
Namun sebagai insan biasa, agak sukar untuk kita berasa di dalam state tersebut, biasanya kita ni mudah kecil hati. Bila orang kata kita “nak tunjuk baik” terus kita berhenti membuat amalan tertentu, bila orang puji amalan kita, menambahkan motivasi untuk kita terus melakukan dan memperbaikinya.
Bulan Ramadhan merupakan bulan terbaik untuk mengatasi semua di atas. Antaranya kerana ‘radio percuma’ kurang berbunyi kerana menjaga pahala puasanya. Ramai yang memilih untuk ‘bersangka baik’ di dalam bulan ini. Kalau yang masih belum berhenti tu rugilah kan, nak dapat kebaikan berganda2 pun taknak.
Antara cara-cara bersedekah di bulan Ramadhan serba sedikit tanpa perlu ragu-ragu:
  • Melebihkan pemberian zakat seperti zakat pendapatan, zakat harta, zakat perniagaan, zakat saham, etc. Minimum pemberian zakat ialah 2.5% dari nett tapi tak ada masalah jika nak lebihkan.
  • Menggunakan medium2 seperti Maybank2U untuk menderma kepada badan-badan yang tersenarai.
  • Menyertai program-program sedekah yang dianjurkan oleh beberapa badan contohnya untuk membeli pakaian raya anak yatim, warga tua dan sebagainya.
  • Mewakafkan al-Quran untuk kegunaan di surau, masjid, pusat pengajian dan sebagainya.
  • Menganjurkan majlis berbuka puasa samada di rumah sendiri, restoran atau masjid. Sabda Rasulullah “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka dia akan mendapat pahala seperti mana pahala orang yang berpuasa itu tanpa pahala orang itu dikurangi sedikit pun”.
  • Memberi lebih duit poket kepada ibu bapa kita, terutama jika ibu bapa kita bukan dari golongan berada.
  • Menyertai program-program ihya’ Ramadhan, atau program2 seperti melawat ke rumah orang tua, anak yatim, wad hospital dan sebagainya.
  • Paling senang bersedekah ialah dengan memperbanyakkan tasbih, takbir dan tahmid.
Ramadhan merupakan bulan tarbiah, terutama untuk spiritual kita. Antara petua yang saya belajar masa sekolah dulu, bulan Ramadhan akan menunjukkan tanda samada taubat kita diterima oleh Allah SAW atau tidak. Sekiranya ada sedikit perubahan dalam pelayaran hidup, insya-Allah kita selamat. Sekiranya perangai masih sama je macam biasanya, masih suka mengumpat, masih suka buat maksiat, masih suka buat benda2 tak elok… faham-faham sajalah. Perbanyakkan taubat kerana pintu taubat tetap terbuka selagi kita belum nazak.
Ada 7 hari lagi menjelang bulan Ramadhan ni, masih banyak lagi peluang untuk merebut kebaikan berganda yang ada di dalamnya. 
Sabda Rasulullah SAW “Sekiranya umatku mengetahui kebaikan yang ada di dalam Ramadhan nescaya mereka akan menginginkan agar sepanjang tahun itu adalah Ramadhan”.

***lakukan apasaja amalan untuk mendapat rahmat dan keredhaan Allah bukan kumpul pahala, itulah jaminan untuk cuba meraih syurga-Nya.

#AkuDanHatiku #Alhamdulillah


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SABAR DALAM MENGHADAPI UJIAN HIDUP

SABAR MENGHADAPI UJIAN HIDUP Bismillahirrahmanirrahim.... Ketahuilah, ujian dan cubaan di dunia merupakan sebuah keharusan, siapa pun tidak boleh terlepas darinya. Bahkan, itulah warna-warni kehidupan. Kesabaran dalam menghadapi ujian dan cubaan merupakan tanda kebenaran dan kejujuran iman seseorang kepada Allah SWT Sesungguhnya ujian dan cubaan yang datang bertubi-tubi menerpa hidup manusia merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Azza wa Jalla. Tidak satu pun diantara kita yang mampu menghalau ketentuan tersebut. Keimanan, keyakinan, tawakkal dan kesabaran yang kukuh amatlah sangat kita butuhkan dalam menghadapi badai cubaan yang menerpa. Sehingga tidak menjadikan diri kita berburuk sangka kepada Allah SWT terhadap segala Ketentuan-Nya. Oleh karena itu, dalam keadaan apapun, kita sebagai hamba yang beriman kepada Allah SWT harus sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Dan haruslah diyakini bahwa tidaklah Allah menurunkan berbagai musibah melai...

Sabarlah Wahai Hati..

saBaR  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Kata mak ” sabar tu kan separuh daripada iman”…berulangkali juga aku mengingatkan diri akan kata-kata mak tu. Sebagai manusia biasa yang tidak lepas dari kekurangan diri, hati kecilku sering tertanya. ” sampai bila ye aku perlu bersabar?”…” apakah orang lain juga perlu bersabar sepertiku?”..” cakap sabar memanglah senang, tapi menghadapinya sangat susah.” Itu semua apa yang berlaku suatu masa dahulu. Peningkatan usia dan ilmu menjadikan aku semakin redha dengan sesuatu yang berlaku. Kesabaran itu adalah nikmat bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Kesabaran itu memang perlu hingga akhir hayatku. Bersabar itu menjadikan aku hamba yang sentiasa redha dan bersyukur dengan ketentuan-Nya. Mungkin Allah tidak beri apa yang aku minta sekarang kerana Allah tahu ada yang lebih baik menantiku. Mungkin juga Allah tidak memakbulkan permintaanku kerana Allah rindu untuk mendengar rintihanku. Walau apapun aku...

Bicara Hati

Mimpi Indah.. Lemah tiada daya, tersungkur bagai itu penghujungnya, Jatuh lagi tersadung di bumi bertuah ini. Mimpi tiada yang nyata, Fikiran umpama mengawalnya, Akal seakan mengiyakan dan menidakkan. Keliru dengan permainan minda sendiri, Masih di alam yang kadang-kadang mengelirukan. Mahu saja ku pejamkan mata ini, Tamatkan semua cerita diri ini, Rebah biar sedar, Tenggelam biar timbul, inilah kehidupan. Tiada detik yang kita tahu sama ada bahagia atau tidak, Tiada masa yang kita tahu semua itu kekal milik kita atau tidak, Tiada minit walau saat kita ingin terluka atau dilukai. Sedar atau tidak semuanya terjadi tanpa kita duga. Hidup ini... Ternyata penuh dugaan yang sukar ditafsirkan, Serta penuh dengan hikmah yang kadang kala tidak terungkai. Hidup ini misteri!! Aku cuba melepaskan memori yang tercipta, Kenangan yang terpahat. Antara perkara yang sukar untuk dilepaskan, Antara perkara yang tak mahu dilepaskan jua... Kadang kala kita cuma watak tambahan dalam se...