Langkau ke kandungan utama

Aku Dan Hatiku...

Mungkin ku tak bisa menyatakan
Apa yang terintas di benakku
Bukan kerana ku tak mencinta
Cuma kerana ku tak mampu menatap
matamu...

Tapi bukankah semua rasaku
Sedia kau tahu tanpa ku perlu
Menggapai pena dan menulis
Apa yang ada di hatiku
Kerna dalam hatiku
Selalu ada kamu...

Tuhan tolonglahku
Kerna aku takut kehilangan dia
Kerna aku takut dia kan pergi
Meninggalkan ku sendiri di sini

Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harusku datangi
Agar terlerai kusut ini...


                       cinta itu milik Allah
               
Asal cinta milik ALLAH            
Perginya cinta dgn izin ALLAH            
Hilangnya cinta atas kehendak ALLAH    
Dicintai dan mencintai anugerah dari ALLAH ♥



Sayangku..
Engkau adalah anugerah terindah dalam hidupku, dengan izin Allah kita berkenalan.
Dengan izin Allah terpatri rasa kasih dan sayang diantara kita, dengan izin Allah aku mencintaimu.. Maka dengan izin Allah jua ku harap kita akan bersatu dalam ikatan yang diredhoi olehNYA.

Sayangku..
Terima kasih atas kasih sayang ini,
Hari-hariku menjadi indah sejak kau hadir,
Kau menjadi penguat semangatku dan tanpa aku sadari kau telah menjadi sebahagian dari diriku..
Tanpa dirimu aku rapuh

Sayangku..
Seandainya masa ku telah habis, Dan..
Tiada jodoh kita didunia ini,
Aku selalu bermohan pada illahi moga kita berjodoh di akhirat nanti.

Sampai akhir batas waktuku


*Ku dedikasikan coretan ini untuk insan yang ku sayangi.. Bila aku telah dijemput illahi.. Saat kau membaca coretan ini, ingatlah bahawa aku amat menyayangimu.

" ANA UHIBBUKA FILLAH "
         chelie & Shazz


******************************************

             Terima kasih ya Allah untuk anugerah terindah ini, ampuni aku kerna terlalu leka sehingga lupa mengucapkan syukur padaMu setiap masa, sehingga kau tarik semula nikmat itu.. dan akhirnya aku belajar daripada kesilapan kali itu..
Alhamdulillah :)


Satu ketika dahulu terlintas tanya hati, siapa yang akan mengisi hari-hariku dengan cintanya.. Masih adakah cinta untuk ku?

Lima tahun aku menutup pintu hatiku dari CINTA manusia, sehingga "Dia" hadir dalam hidupku.. Hidupku yang dulunya kelam kembali bercahaya, aku kembali mencintai dan dicintai.

Syukur Alhamdulillah atas anugerah  ini Ya Allah, seluruh rasa kasihku tercurah padanya.. Aku kembali mengenal apa itu 'BAHAGIA' sehingga aku terlupa, siapa aku!

Allahu...
Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya hujan di tengah hari.. Sekali lagi Ya Allah, Kau menguji hambaMU ini..
Aku seperti seorang kanak-kanak yang kehilangan ibunya, menangis dan meratapi apa yang sedang berlaku.. Hatiku menjadi kosong, jiwaku hilang... Aku merasakan 'DIA' telah pergi meninggalkan ku.. Aku merasakan kehilangan!

Aku takut andainya aku kehilangan.. Allahuakbar!! betapa kerdilnya hambaMU ini Ya Allah, hatiku dicuit rasa hampa dan terkilan dengan apa yang berlaku.. Allahu, Hampir saja aku terlupa betapa kasihNYA engkau kepadaku maka itu aku diuji dan tiada satu apa pun didunia ini milikku melainkan hanya milikMU Ya Allah.


“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… "
 ( Al-Baqarah: Ayat 286)

“ Kenapa aku yang diuji ? “
“ Mengapa aku diuji sebegini ?”
“ Ujian ini sangat berat. Aku tak mampu…”

Persoalan ini lah sering bermain difikiranku,  Allahu..  Ampuni hambaMU ini, aku yang sering terlupa dan leka.
Tetapi, apabila aku menenangkan diri dan
bermuhasabah kembali, tenyata sebenarnya dengan ujian yang diberi kepada ku adalah kerana aku hamba yang beruntung .

Mengapa aku katakan begitu? Kerana ujian hanyalah diberi oleh Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Hamba-hambanya yang dikasihi dan disayangiNya. Dan jangan kita lupa bersama ujian itu juga ada pertolongan dari Allah sepertimana yang
dinyatakan di dalam Al-Quran:

" Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu ?mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). "
( Al-Baqarah: Ayat 214)

Sebagai manusia biasa, kita pastinya tidak akan mampu menjangka bilakah ujian itu akan muncul tiba. Begitu juga dengan diriku..  Walaubagaimanapun, jika kita mengetahuinya, apalah kudrat kita sebagai seorang hamba yang kerdil lagi penuh dosa untuk menolak ujian-ujian yang bakal menyapa itu. Jika direnungkan kembali, kita semua pastinya pernah dan akan ditimpa ujian dari yang Maha Esa, tetapi saat ujian itu tiba, mampukah kita menjadi manusia yang bersyukur dengan ujian itu dan memandangnya sebagai hadiah pemberian Allah?

Manusia itu sifatnya pelupa, Ada masanya dalam melayari kehidupan di dunia, kita lalai dan leka pada hakikat yang nyata bahwa kita hanyalah hambaNYA.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Al-Ankabut: 2)

Marilah kita sama-sama bermuhasabah dan
menilai kembali segala prasangka buruk yang mungkin pernah bermain di fikiran kita saat kita diuji. Inilah saatnya bagi kita, diriku dan anda yang sedang membaca, merubah fikiran kita dan mula memandang
ujian-ujian yang telah dan akan kita lalui sebagai sebuah ‘ hadiah’ dari Allah dan bukan lagi satu bebanan. Apabila kita benar-benar menyedari hakikat ini, maka kita akan menjadi seorang hamba yang
bersyukur dengan segala ujian yang diberi.

UJIAN ITU HADIAH DARI ALLAH!  ALLAHU.

Ya Allah..  Damaikanlah hatiku dengan takdirMU. Satukan hatiku dan hatinya dalam redhoMU. Aamiin Ya Rabbal'aalamiin.




Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SABAR DALAM MENGHADAPI UJIAN HIDUP

SABAR MENGHADAPI UJIAN HIDUP Bismillahirrahmanirrahim.... Ketahuilah, ujian dan cubaan di dunia merupakan sebuah keharusan, siapa pun tidak boleh terlepas darinya. Bahkan, itulah warna-warni kehidupan. Kesabaran dalam menghadapi ujian dan cubaan merupakan tanda kebenaran dan kejujuran iman seseorang kepada Allah SWT Sesungguhnya ujian dan cubaan yang datang bertubi-tubi menerpa hidup manusia merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Azza wa Jalla. Tidak satu pun diantara kita yang mampu menghalau ketentuan tersebut. Keimanan, keyakinan, tawakkal dan kesabaran yang kukuh amatlah sangat kita butuhkan dalam menghadapi badai cubaan yang menerpa. Sehingga tidak menjadikan diri kita berburuk sangka kepada Allah SWT terhadap segala Ketentuan-Nya. Oleh karena itu, dalam keadaan apapun, kita sebagai hamba yang beriman kepada Allah SWT harus sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Dan haruslah diyakini bahwa tidaklah Allah menurunkan berbagai musibah melai...

Sabarlah Wahai Hati..

saBaR  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Kata mak ” sabar tu kan separuh daripada iman”…berulangkali juga aku mengingatkan diri akan kata-kata mak tu. Sebagai manusia biasa yang tidak lepas dari kekurangan diri, hati kecilku sering tertanya. ” sampai bila ye aku perlu bersabar?”…” apakah orang lain juga perlu bersabar sepertiku?”..” cakap sabar memanglah senang, tapi menghadapinya sangat susah.” Itu semua apa yang berlaku suatu masa dahulu. Peningkatan usia dan ilmu menjadikan aku semakin redha dengan sesuatu yang berlaku. Kesabaran itu adalah nikmat bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Kesabaran itu memang perlu hingga akhir hayatku. Bersabar itu menjadikan aku hamba yang sentiasa redha dan bersyukur dengan ketentuan-Nya. Mungkin Allah tidak beri apa yang aku minta sekarang kerana Allah tahu ada yang lebih baik menantiku. Mungkin juga Allah tidak memakbulkan permintaanku kerana Allah rindu untuk mendengar rintihanku. Walau apapun aku...

Bicara Hati

Mimpi Indah.. Lemah tiada daya, tersungkur bagai itu penghujungnya, Jatuh lagi tersadung di bumi bertuah ini. Mimpi tiada yang nyata, Fikiran umpama mengawalnya, Akal seakan mengiyakan dan menidakkan. Keliru dengan permainan minda sendiri, Masih di alam yang kadang-kadang mengelirukan. Mahu saja ku pejamkan mata ini, Tamatkan semua cerita diri ini, Rebah biar sedar, Tenggelam biar timbul, inilah kehidupan. Tiada detik yang kita tahu sama ada bahagia atau tidak, Tiada masa yang kita tahu semua itu kekal milik kita atau tidak, Tiada minit walau saat kita ingin terluka atau dilukai. Sedar atau tidak semuanya terjadi tanpa kita duga. Hidup ini... Ternyata penuh dugaan yang sukar ditafsirkan, Serta penuh dengan hikmah yang kadang kala tidak terungkai. Hidup ini misteri!! Aku cuba melepaskan memori yang tercipta, Kenangan yang terpahat. Antara perkara yang sukar untuk dilepaskan, Antara perkara yang tak mahu dilepaskan jua... Kadang kala kita cuma watak tambahan dalam se...