Langkau ke kandungan utama

Catatan

Allah Memberi Yang Terbaik

"TARBIYAH HATI" Daun yang telah gugur takkan kembali bercantum. tapi dari ranting yang sama akan tumbuh daun baru yang lebih hijau dan segar.. In shaa Allah. Itulah yang dipanggil keseimbangan. jika sesuatu pergi In shaa Allah akan datang sesuatu yang lebih baik. kita manusia harus redho. Kerana sekuat apa kita mahu sesuatu itu kekal jika ia pergi ia akan pergi lalu lepaskanlah kerana takdir bukan sesuatu yang kita kawal. Ramai yang bersedih kalau ada bunga gugur sayangnya bunga cantik itu gugur.. tapi mereka lupa harus ada yang gugur sebelum tumbuh yang baru itulah hati, mungkin ada masanya kecewa, sakit, dikhianati. tapi itulah yang nanti akan membuat kita lebih tabah di masa hadapan. Bunga gugur sebab nak hasilkan bunga baru, kita kena rasa kecewa baru boleh tahu apa itu erti bahagia dan bunga yang gugur tu tak sia-sia. ia jadi baja untuk pokok, supaya pokok boleh hasilkan bunga baru yang lebih cantik. itulah kita dan masa lalu. betapa pahitnya pun ia, itulah...

Badai Pasti Berlalu

Risau jiwaku, diantara cahaya dan pekatnya malam Dalam kegelapan sang malam, diiringi alunan kesedihan Lamunan panjang ku terlena dalam keheningan malam Di ruang hati yang kosang dan hampa Aku merasa seperti hatiku mati Tapi aku masih bertahan dalam duka walaupun tak terkira Aku mengerti, ini hanyalah cubaan ilahi Semua ini sudah ketentuan sang pencipta Aku harus menyelaminya, walaupun hatiku terluka Hati tersayat pilu.. Tapi bukan bermakna hidupku tak ada arti lagi aku masih bisa berjalan, walaupun tertatih-tatih penuh senyuman dalam duka hatiku masih bertahan dan bersandar pada kehidupan Aku tahu, Allah menyanyangi ku…………. Ada apa dengan diriku ?? Kata pepatah ' pengalaman mendewasakan hidup ' yupp ade benarnya, aku seringkali diuji dengan cubaan yg semacam tidak mungkin dapat ditanggung.. keimanan, kesabaran, emosi seringkali menipis dan terganggu... Subhanallah Jalan yang aku lalui kian hari makin berliku, dunia semakin sempit bagi ku.. seny...

Takdir Dan Waktu

Ermmm lama dah tak menulis disini.. kebelakangan ni selalu tak sihat mood pun selalu entah ape2.. jadi hempeh ! Yang Terpendam... Ada banyak benda yang terbuku dihati, ada rasa hampa melingkar di benak... aku sendiri tak faham kenapa dan mengapa.. jangan tanya aku ! Benda ni lah yang sedang menganggu aku sekarang. Orang disekeliling pula cuma tau menghukum langsung tak cuba nak faham. Patut ke mereka fikir aku suka jadi macam sekarang ni.. aku ke yang pentingkan diri atau kamu semua yang langsung tak memahami.. ? :( " manusia kebiasaannya terdidik dengan apa yang mereka ingin lihat, buka hakikat dari apa yang dilihat " Aku juga punya hati dan perasaan sama seperti kamu semua.. adakalanya ada pekara yang tak dapat aku luah dengan perkataan tapi aku zahirkan melalui perbuataan. Hari ni aku betul-betul sakit.. dah lah semalam disengat lipan, petang balik dari hospital tiba-tiba demam panas berserta muntah, rasa nak pengsan pun ada.. tau-tau ada yang datang terus...

Kucari Damai Dihati...

 K upejamkan mata ini, Terasa berat beban yang kupikul Hati ini terlalu rapuh,begitu rapuhnya ibarat kaca yang retak... Ahhh...aku mencuba berdamai dengan hati ku sendiri Mencuba menerima apa yang aku rasa bukan untuk ku Belajar ikhlas itulah selalu yang kudengar Aku selalu mencuba untuk itu Mencuba untuk ikhlas dan selalu belajar untuk lebih ikhlas Kutepis semua fikiran burukku Kutepis semua pertanyaan kenapa dan mengapa Kubasuh hati ku dengan istighfar.... Kubasuh ucapan ku dengan lafasMu... Selalu mencuba untuk ikhlas dan tawakal Kerana aku percaya apapun itu ....itulah yang tebaik untukku... "if you love somebody could we be this strong... will fight to win, our love will conquer all wouldn’t risk my love even just one night our love will stay in my heart..." Aku belajar sendiri lagi.. diam dan memerhati  -_-

Aku Dan Kesakitan..... 😭

Sepertinya kehidupanku lebih menyakitkan dari yang dibayangkan semua orang. Aku telah banyak mengenal rasa sakit yang tidak boleh lagi didefinisikan dengan kata. Seperti paku yang selalu meninggalkan lubang pada kayu ketika ditancapkan. Paku itu telah tercabut tapi lubang itu, rasa sakit itu akan selalu tertinggal. Berbekas dan meninggalkan kesedihan yang tidak akan hilang maupun dihapus. Aku terus bertahan sampai nafas terakhir. Mengatakan kepada diri sendiri bahwa aku selalu akan boleh melalui semuanya sendirian. Tapi aku juga manusia biasa yang ada kalanya akan berada pada tahap terbawah, bersedih dan terjatuh. Dan disaat itu aku memerlukan orang lain yang sampai saat ini selalu kunantikan. Ku khayalkan. Dan hanya menjadi ilusi yang menjadi penghibur  jiwa yang mati . Aku tertatih, bertahan hidup dalam setiap keadaan yang paling tidak memungkinkan. Berusaha memotivasi diri, membohongi diri sendiri bahwa semua akan baik-baik saja. Tapi itu hanya kemunafikan keran...
letih rasanya membilang hari semakin ditunggu hari... semakin lambat pula masa berjalan dan menjelma. kadang aku letih tuk terus berjuang namun aku tidak bisa menoleh selagi aku hidup di sini... Ya Tuhan Ku YAng ESa tabah lah wahai hati... aku tahu manusia itu sentiasa diuji kerana itu kau ciptakan kami hamba-hamba Mu..  jangan biarkan  aku hanyut dengan kealpaan ini,  aku tahu tanpa bimbingan Mu aku gagal YA Allah,  izin kan ku berada pada jalan Mu  walaupun perit yang sering melanda  jangan biarkan aku terduduk terus  gagah kan ku untuk terus berdiri dan berlari  dan jangan biarkan aku berada terlalu lama dipersimpangan  untuk menentukan arah yang harus ku tuju..  biarkan setiap pilihan bagi setiap jawapan adalah tepat untuk ku. Bergelut dengan kesakitan dan kepayahan.. menongkah arus kehidupan yang berliku, hampir tidak mampu untuk aku, sering saja aku tersungkur dan terluka.. namun tetap ku gagahi dan terus ber...

Iktibar Daripada Penciptaan Manusia

"...(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." - Surah Al-Baqarah: Ayat 255 Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang Maha Agung. Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, manusia ialah makhluk yang mempunyai akal budi. Jika diperincikan lagi maksudnya, akal daripada aspek manusia bermaksud dapat berfikir, manakala budi pula bermaksud kebijaksanaan. Jadi bolehlah dirumuskan secara ringkas dan umum daripada segi bahasa, bahawa manusia itu adalah makhluk yang dapat berfikir dengan bijaksana. Penciptaan Manusia Dalam Al-Quran telah diterangkan mengenai asal penciptaan manusia yang bermula daripada tanah (Nabi Adam a.s.) kemudian seterusnya seperti mana firman Allah s.w.t.: "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu sari pati (berasal) daripada tanah. Kemudian Kami...