Langkau ke kandungan utama

Catatan

Coretan Hatiku Untukmu Sayang

Jika Nafas Terhenti Entah tinggal beberapa langkah lagi... Entah tinggal beberapa hela nafas lagi.. Entah tinggal beberapa kederat lagi.. Entah tinggal beberapa tenaga lagi.. Entah tinggal beberapa daya lagi.. Entah tinggal beberapa patah kata lagi.. Entah tinggal beberapa upaya lagi.. Entah tinggal beberapa senyuman lagi.. Entah tinggal beberapa detik lagi.. Yang ku pinjam daripada ILAHI.. Mungkinkah aku sempat meluahkan, Kata sayang yang terpendam.. Mungkinkah aku sempat merasakan, Belaian cinta yang kudambakan.. Mungkinkah aku sempat membicarakan, Memori cinta yang lalu.. Mungkinkah aku sempat menyuarakan, Secangkir rindu di perdu jiwa.. Mungkinkah aku sempat merangkul, Jasad yang ku sayang itu.. Ya Allah... Jika tiada waktu untuk ku lagi, Jika terlumpuh semua daya, Jika terbungkam semua rasa, Jika terhenti semua detik, Jika tersekat semua nafas, Jika terhenti putaran dunia, Jika kelam cahaya suria, Namun..berilah aku kesempatan, M...

Dalam Hati Siapa Yang Tahu

Bismillahirrahamanirrahim.. Ya Allah, Ya Tuhanku..  hanya padaMU tempat aku meminta. Begitu berat rasa sakit yang ku tanggung saat ini...  Hati mana yang tak sedih dan terkilan bila sering saja diperlakukan seperti sampah...  bukan mengeluh atau tidak bersyukur, tapi... ermmm Andai ini yang telah engkau takdirkan untuk diriku saat ini.. maka, aku akan belajar redho dengan apa yang berlaku. Ya Allah... peluklah aku sekejap saje, kerana aku benar-benar lelah...  ~AkuDanHatiku ~AkuDiujiLagi ===================================== Perasaan dalam hati tiada siapa yang mengerti.. Siapa yang mengetahui isi hati seseorang? siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia? Bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah kenyataannya seperti yang kita lihat? Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka den...

Sabarlah Wahai Hati..

saBaR  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Kata mak ” sabar tu kan separuh daripada iman”…berulangkali juga aku mengingatkan diri akan kata-kata mak tu. Sebagai manusia biasa yang tidak lepas dari kekurangan diri, hati kecilku sering tertanya. ” sampai bila ye aku perlu bersabar?”…” apakah orang lain juga perlu bersabar sepertiku?”..” cakap sabar memanglah senang, tapi menghadapinya sangat susah.” Itu semua apa yang berlaku suatu masa dahulu. Peningkatan usia dan ilmu menjadikan aku semakin redha dengan sesuatu yang berlaku. Kesabaran itu adalah nikmat bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Kesabaran itu memang perlu hingga akhir hayatku. Bersabar itu menjadikan aku hamba yang sentiasa redha dan bersyukur dengan ketentuan-Nya. Mungkin Allah tidak beri apa yang aku minta sekarang kerana Allah tahu ada yang lebih baik menantiku. Mungkin juga Allah tidak memakbulkan permintaanku kerana Allah rindu untuk mendengar rintihanku. Walau apapun aku...

Terimalah Seadanya

~terimalah seadanya~ Jika kamu memancing ikan…… Setelah ikan itu terlekat di mata kail…… Hendaklah kamu mengambil ikan itu…… Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja……. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup…… Begitulah juga…… Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang …… Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu…… Hendaklah kamu MENJAGA hatinya…… Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja…… Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu…… dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……  Jika kamu MENADAH air biarlah berpada…… Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh…… Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja…… Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula…… Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…… Begitulah juga…… Jika ...

Doa Seorang Kekasih

Doa seorang kekasih ya ALLAH, seandainya telah kau catatkan, dia milikku, tercipta untuk diriku, satukanlah hatinya dengan hatiku..... ya ALLAH, ku mohon, apa yg telah kau takdirkan, adalah yg terbaik untuk hambaMu ini,,, ku harap dia adalah yg terbaik untukku, kerana hanya ENGKAU yg tahu segalanya...... TUHAN ku, berikanlah aku kekuatan dalam meniti segala dugaan, aku hanya insan yg sgt lemah, berilah aku kekuatan serta harapan, dalam membina diri yg lesu dan sgt lemah.... ku mohon kepadaMU, tabahkanlah hati kami dalam menyusuri liku-liku kehidupan, kuatkanlah kami YA ALLAH, dengarlah rintihan hati hambaMu ini, jangan engkau biarkan ku sendiri...... semoga aku bahagia, ke muara cinta yg ENGKAU redhai..... Aamiin... Firdaus with Shazlynn Menanti yg terbaik utk kite... ❤ #AkuDanHatiku

SABAR DALAM MENGHADAPI UJIAN HIDUP

SABAR MENGHADAPI UJIAN HIDUP Bismillahirrahmanirrahim.... Ketahuilah, ujian dan cubaan di dunia merupakan sebuah keharusan, siapa pun tidak boleh terlepas darinya. Bahkan, itulah warna-warni kehidupan. Kesabaran dalam menghadapi ujian dan cubaan merupakan tanda kebenaran dan kejujuran iman seseorang kepada Allah SWT Sesungguhnya ujian dan cubaan yang datang bertubi-tubi menerpa hidup manusia merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Azza wa Jalla. Tidak satu pun diantara kita yang mampu menghalau ketentuan tersebut. Keimanan, keyakinan, tawakkal dan kesabaran yang kukuh amatlah sangat kita butuhkan dalam menghadapi badai cubaan yang menerpa. Sehingga tidak menjadikan diri kita berburuk sangka kepada Allah SWT terhadap segala Ketentuan-Nya. Oleh karena itu, dalam keadaan apapun, kita sebagai hamba yang beriman kepada Allah SWT harus sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Dan haruslah diyakini bahwa tidaklah Allah menurunkan berbagai musibah melai...

DUNIA TEMPAT BERPENAT, DI AKHIRAT NANTI KITA BEREHAT

DUNIA TEMPAT BERPENAT, DI AKHIRAT NANTI KITA BEREHAT Jangan mencari keadilan yang mutlak di dunia ini. Terimalah hidup seadanya. Jadilah diri sendiri. Kita ubah yang mampu diubah, yang tidak mampu serahkan kepada Allah. Jika bahagia yang dicari, tetapi derita yang diberi… terimalah. Bahagialah dengan derita itu. Manusia akan tersiksa oleh jangkaan dan harapannya. Allah ciptakan putaran hidup ini seumpama kitaran cuaca dan musim. Ada yang menikmati empat musim seperti Eropah. Ada yang kontang sepanjang masa umpama Sahara. Ada yang dingin memanjang seperti di  Antartika. Kita hamba… setelah berusaha sehabis daya, pasrah dan menyerahlah. Carilah R&R dalam kembara hidup ini, di sanalah tempat kita berehat seketika… sebelum berehat selama-lamanya! Jika ditakdirkan tidak kita temui sesuatu yang dicari di dunia ini, terimalah hakikat ia memang tidak ada. Di akhirat sana tempat ‘ada’ dan sempurna segala. Jika ‘langit’ hendak runtuh, masakan jari yang kecil ini mampu menahan...